Posts

Naluri Ibu

Image
Kata orang tua, pengalaman adalah guru yang terhebat. Begitu juga dengan "orang tua terlebih dahulu makan garam". Bila umur dah semakin meningkat ini, saya rasa kata-kata itu banyak benarnya. Baru 10 tahun saya berkahwin. Tapi, alhamdulillah. Bila adik-adik di pejabat bercerita mengenai rumah tangga, saya rasa seperti - eh, dulu aku pun macam ni dengan Encik Bubu. Kehkehkeh. Itu baru 10 tahun kan, bayangkan mak-mak kita yang berpuluh tahun tu. Patutlah diaorang rileks je tengok kita kadang-kadang sentap dengan suami. >.< Begitu juga dengan naluri saya bila melihat anak-anak. Semenjak tahu Lope itu seorang anak autism, kadang-kadang saya rasa saya macam negatif sangat pulak. Anak si A tak boleh berjalan lagi. Dalam hati dok bayang, eh.. budak ni delay ke. Anak si B tak bercakap lagi, dalam hati dok cakap kena bawak pegi speech therapy tu. Anak si C asyik duk susun barang panjang-panjang, tak nak bergaul dengan orang, takde eye-contact. Dalam hati dok cakap budak ni ...

Hargai 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara.

Alhamdulillah, saya tahu Allah itu masih sayang lagi kepada saya bila dia uji saya dengan kesakitan. Throwback balik, sepanjang 7 tahun saya menjadi mama kepada Lope, tersangat jarang saya diuji dengan kesakitan. Demam sikit-sikit, batuk sikit-sikit -- memang ada, tapi pejamkan mata sahaja sebab kita tahu, ada orang yang lebih memerlukan saya. Sudah lebih 2 minggu saya batuk, sinus dan membawa kepada serangan asma. Saya tahu, bila saya sakit macam ni, saya dapat rasa apa yang Lope rasa. Tapi, rupanya sakit saya kali ini tidak setakat itu sahaja. Ianya adalah tanda awal kepada sesuatu yang lebih serious.  Ini cerita 6 tahun dahulu, kisah macam mana saya sendiri yang sakit.  Retina Detachment I  Retina Detachment II. Follow-ups I Follow-ups II Doakan saya cepat sembuh, diringankan rasa sakit dan kembali cerdas seperti biasa untuk saya terus memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Ingatan + Pesanan = Social Story.

Image
Mungkin ianya agak baru untuk ibubapa yang tidak mempunyai masalah seperti mana Lope. Social story adalah kaedah penceritaan mengenai situasi, kemahiran atau konsep yang releven yang digunakan didalam masyarakat. Tujuan social story adalah untuk berkongsi maklumat yang tepat kepada individu autistik (dalam konteks Lope) untuk memahami sesuatu adab/tatasusila/situasi. Ini adalah contoh social story yang dibuat oleh Syahirah Omar untuk anaknya. Ini memang betul-betul otai sebab pandai melukis. Untuk Lope pula, social story untuknya adalah berlainan. Setiap individu autistik memiliki keistimewaannya yang tersendiri dan untuk Lope adalah ingatan.  Berdasarkan kepada pemerhatian saya selama 7 tahun menjadi mama kepada Lope, dia memiliki ingatan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara. Kata kita, iya ke? Rasa diragui tetapi setiap pesanan yang disampaikan kepada Lope, dalam rekod saya, Lope memang mematuhi pesanan yang disampaikan. Paling baru, pesanan semasa hari raya...

Iklan Raya 2014 - Anugerah

Image
Deep.

Kenapa boikot?

Image
23 Ramadhan.   Tiada perkataan yang dapat digambarkan di bulan yang baik ini. Cari sahaja hashtag #GazaUnderAttack --> maka, bersepah keluar gambar yang mampu buat saya menangis tersedu-sedan. Kanak-kanak dibom, ditembak & mati bergelimpangan. Sekarang baru saya faham kenapa Morsi dan Ikhwanul Muslimin dinyahkan sebelum ini apabila pintu Rafah tidak dibuka untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza. Mari kita berdoa. Mari kita menderma. Mari kita boikot barangan yang menyumbang kepada Israel. Kenapa boikot?  Poster kredit kepada Akmal Aziz. Jom kita boikot secara berjemaah.

Surah Al-Kahfi & Kelebihannya

Image
Sumber: SINI.   Al-Kahf bererti gua. Surah ke-18 dan mengandungi 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. Kelebihan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa membaca Surah Al-Kahfi diantaranya adalah: - Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat; dan - Dijauhi fitnah Dajjal jika menghafal 10 ayat terawal.    Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Se...

MAKAN DALAM.

Image
(with CAPITAL LETTERS!) Kadang-kadang, orang ni tak berapa cerdik bila nak menyampaikan sesuatu hasrat hati. Tak sensitif. Tak fikir apa yang orang lain rasa. Tak guna kepala otak sebelum membiarkan perkataan itu laju keluar dari mulut.  Kelahiran. Jodoh. Rezeki. Kematian. Empat perkara yang ditentukan oleh sang Pencipta. Sebelum saya dikurniakan Lope, saya meminta kepadanya untuk dikurniakan zuriat. Saya berjanji padaNya, saya akan membesarkan zuriat yang diberi tanpa bersyarat. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berkahwin, Allah meniupkan satu nyawa ke dalam rahim saya. Hadirnya setelah saya benar-benar tawakal kepadaNya setelah semua usaha dijalankan untuk dikurniakan anak. Selepas 3 tahun, kami dikurniakan seorang zuriat. Lelaki seperti yang kami idamkan. Waktu itu, rasanya kebahagiaan adalah milik kami berdua. Rasa lengkap bila kami dikurniakan sang anak. Kami mengesan kelainan upaya pada Lope selepas 6 bulan usianya dan disahkan Autisme dan Lewat Perkembang...

Eye Candy

Image
  “And I provide much- needed eye candy.”  :p I stare at myself in the mirror and I think, 'Wow, I'm really great-looking.'... I think I'm the greatest, anyway. Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/keywords/stare.html#cqyxKr2vyORZaQMO.99

7 tahun yang indah

Image
         Selamat Hari Lahir ke-7, Lope! Mama, Abah & Adik Sophia sayang Lope.  

#AutismAwarenessDay2014

Image
Terima kasih kerana menjadikan 2 April 2014 berwarna biru sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia ;) Ini antara gambar-gambar yang orang tagging saya memberikan sokongan. Tahun ini saya sangat teruja bila ramai dari kalangan keluarga saya turut sama berkongsi gambar berpakaian biru untuk Lope. Iolls suka! Ini adalah sebahagian dari orang-orang yang sporting dan yang sempat saya tempek gambarnya. Ini pulak dari uncle FT. saje pegi remind dia pasal #AutismAwarenessDay. Takpelah Uncle FT tak kaler blue pun sebab bila Uncle FT retweet aje, ramai yang retweet balik. So, orang ramai tahu apa itu Autism atau kalau tak tahu pun diaorang akan google :p Dan ini, yours truly. Ini pula the hero on the day itself ;) Auwwwww. Tersilap tempek :p Ini MinHo-sshi Xxx Ini heronya ;) Klik sini untuk tabung pendidikan Lope & Sophia -- Tq!