Posts

Showing posts with the label Sajian Dari Dapur Puteri

Jemput Pisang Tak Berminyak

Image
Dah banyak hari tengok kawan-kawan share di Facebook kawan-kawan kongsikan masak jemput pisang. Paling terliur tengok Uzair anak Munirah Hanim yang buatkan, nampak sedap sangat. Jadi bila kita nampak pisang kat dapur dah nampak macam nak lebam, ting!  . Yeay! Jom Auntie Put buat jemput pisang macam Uzair buat. Okey, mudah sangat nak buat jemput pisang ni tapi, selalunya saya buat mesti jemput pisang makan minyak. So, terjumpa resepi satu ni yang katanya crunchy dan tak makan minyak. Jom, kita buat.  Kopek kulit pisang tu, then buat macam ni lah. Buat entry blog ni untuk Sophia tengok Mama dia share resepi. Hahahaha. Nanti nak suruh dia buat. Lenyek pisang.  Pakai masher tu mudah, dulu pernah lenyek dengan guna botol kaca je. Hahahha.  Lepas tu, masukkan butter dan gula. Agak-agak lah korang taruk. Gaul sebati dan masukkan tepung gandum. Saya masukkan 5 sudu besar tepung. Lepas tu ambil 1 sudu Soda Bicarbonate. Nah rupa parasnya. Dah campur tepung gandum dan soda bic...

Nasi Ayam Tahun Baru Cina

Image
Terasa janggal untuk menulis, tapi sungguh aku merindui melakar catatan indah di ruangan ini. . Tulisnya bukan main gah. Kalau sebelum ini, kita akan menulis, sempena cuti Tahun Baru Cina, saya akan pulang ke kampung, saya akan pergi bercuti etc.. . Tahun ini, kita berkurung dirumah selama 3 hari. . Hari Jumaat , hari yang mulia.  . Decided nak masakkan nasi ayam. Ayam order sahaja dari MyFarm melalui GrabFood. Memang saya memilih tidak keluar rumah. Mahal sedikit tak apa, janji saya dan anak-anak tidak keluar rumah. Mulakan persiapan setelah Encik Bubu balik solat Jumaat. Oh pagi tadi, kami dah ambil heavy breakfast. Nasi dagang sedap. Pun order juga 5 bungkus. Hahaha. Saya memang pemalas begitu. . Jadi, ding dong ding dong. Perap ayam 2 jam. Berjayalah keluarga saya dinner dengan nasi ayam. Paling ringkas nasi ayamnya Jadi kita kongsi perapan nasi ayam yang paling ringkas ini. Ini saya belajar dari emak saya dan seawal usia 13 tahun, saya dah pandai masak nasi ayam seringkas ini....

Januari 2016

Image
Sudah lama tidak menulis. Entah ke mana semangat dan semangat untuk menulis sudah terbang pergi. Hari ini, sambil bertemankan Love Yourself  saya sedikit bersemangat untuk melakar cerita.  41 hari di tahun 2016 mencatatkan banyak cerita didalam kanvas potret cerita kami sekeluarga.  Muka tanned sebab baru balik dari Hari Keluarga Usrah Haji Megat Ramli penghujung tahun 2015. Alhamdulillah, Sophia sudah darjah 1. :) Hari pertama persekolahan tidaklah sesukar yang saya bayangkan. Temannya tidak perlu lama, Sophia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bersekolahnya Sophia, bererti angan dan cita-cita mahu menyiapkan bekal sekolah anak kesampaian. Ini saya yang lebih teruja sebenarnya. Macam mana saya tak semangat melihat bekas comel warna merah jambu begini? Alahai anak, tak mengapa bangun awal sekali pun, janji hati mama puas dapat bekalkan anak makanan dari tangan mama sendiri, walaupun yang paling ringkas sahaja. Bekal hari pertama - Chicke...

Grilled Chicken Fillet with Lemon

Image
Resepi ringkas. 15 minit sahaja untuk dimasak. Sesuai untuk orang yang nak buat bekal ke office setiap hari (macam saya). . Bahan-bahan: - Isi ayam (bahagian dada) - Lada hitam (ditumbuk kasar)* - Serbuk jintan manis * - Serbuk cili* - Garam* Cara membuatnya: - Gaulkan kesemua bahan bertanda (*) - Panaskan non-stick frying pan. Bila betul-betul panas, masukkan ayam ke dalam pan. - Taburkan bahan bertanda (*) di permukaan ayam. - Biarkan hingga separuh masak. - Pusingkan ayam, tabur bahan bertanda (*) di sisi berlawanan. - Masak sehingga masak garing. - Apabila masak, hiriskan lemon dan perah. Sedap dimakan dengan salad (rocket) dan tomato ceri. . Selamat mencuba!

Egg Rolls with Shrimp & Veggie Fillings

Image
Atkins? NO!  . Hahahahahaha. Cuma makan tanpa karbohidrat dan tak minuman bergula. Bolehlah nak panggil atkins tapi saya tak ikut 100% seperti yang disarankan. Seronoknya kali ini, sebab bukan saya seorang sahaja yang berpantang dari makan -- Encik Bubu pun tumpang sekaki. Jadi, cabaran nak sediakan makanan tu kurang sikit. Kadang-kadang, dengan Sophia pun sama makan macam kami.  . Jangan letak harapan tinggi sebab saya baru mula 2 hari. Tak berani nak pijak weight scale lagi. Takut angka tak turun-turun. Tapi, dalam tempoh 2 hari ni, alhamdulillah. Semalam saya post kat FB Egg Rolls with Shrimp & Veggie Fillings. Ada juga yang tanyakan resepi. Jadi, hari ni ada masa sikit meh nak share resepi ringkas. . Bahan-bahannya: - 2 biji telur (kacau dengan sudu untuk buat telur dadar) - udang dipotong kecil* - bawang besar (dipotong panjang)* - bawang putih (dipotong panjang)* - lada hitam (ditumbuk kasar)* - carrot - broccoli - tomato cherry -...

Spaghetti Carbonara

Image
Semalam semasa kat pejabat, Sophia call. Dialognya lebih kurang macam ni. "Mama, boleh ke malam ni Phia nak makan spaghetti yang kuah dia colour putih yang macam Mama masak hari tu? Phia rasa lapar sangat hari ni."  Maka, cairlah hati si ibu mendengarnya. Anak lapar uolls. "Ok, nanti Mama balik, Mama masak ye.." "Boleh tak Mama masak banyak sikit sebab nanti esok masa breakfast pun Phia nak makan. Mama masak sedap sangat. Pleaseeee Mama." Ok, ada unsur-unsur bodek disitu dan aura drama queen dah mula nak menjelma. "Ok. Nanti Mama masak lebih untuk Phia." "Ok, thank you Mama cantik, fairy dan kurus " Oh anakku. Perlu ke kau sebut perkataan last itu? Sentap jantung Mama noks!  *cries* Apapun, sekarang ini Sophia sudah 6 tahun. Selera makannya ya Allah, alhamdulillah -- berselera sungguh. Apa sahaja yang kita masak, dia cakap sedap. Macam tu la lumrah anak, makanan tersedap didunia adalah makanan yang ibu masak. Kan? ...

Ayam Panggang Lemon dengan Nestle Yogurt

Image
Last week dapat email dari Nuffnang - jemputan untuk menyertai Nestle Natural Set Yogurt Recipe Challenge. Yeay! Dah lama tak join mana-mana contest/challenge - jemputan dari Nuffnang ni memang mengujakan. Ayam Panggang Lemon dengan Nestle Yogurt Anggaran Harga kos: RM25.00  Anggaran masa penyediaan: 20 minit Hidangan untuk: 2 orang Ayam 4 Ketul Bahan A 1 sudu kecil Italian herbs  1 sudu kecil oregano+pepper 2 sudu kecil paprika 4 biji bawang putih ditumbuk kasar 1 susu kecil lada hitam ditumbuk kasar 4 susu minyak zaitun 5 sudu besar Nestle Natural Yogurt   Ambil lemon dan parutkan dengan kulit. Campur ke semua Ayam dan Bahan A.  Gaulkan sebati dengan Nestle Yogurt & masukkan 3 sudu kecil minyak zaiton. Panaskan pan-serbaguna dan bakar sehingga masak. Sementara itu, gravvynya seperti berikut.  Campurkan sos cili, yogurt dan sedikit perahan lemon. kacau sebati. Hasilnya, Mudah dan cepat. Hidangan...

Makaroni Bakar dengan Sos Putih Nestle Yogurt

Image
Lagi menu ringkas, lazat dan berkhasiat - Makaroni Daging Bakar dengan Sos Putih Nestle Yogurt. Bahan-Bahan Perap semua Daging cincang - semangkuk kecil 2 sudu kecil serbuk kari 3 sudu kecil paprika 1 sudu kecil oregano 1 sudu kecil thyme 3 sudu kecil minyak zaiton Cendawan butang - potong Carrot - potong dadu 1 ulas bawang besar - dihiris Makaroni - direbus hingga lembut dan kembang Daging cincang - semangkuk kecil Keju  Nestle Yogurt  Susu segar Mentega Langkah 1 Panaskan kuali.  Masukkan minyak zaiton. Tumis bawang putih. Bila dah nampak layu, masukkan carrot dan diikuti cendawan. Bila dah nampak macam dah nak masak, masukkan daging yang telah diperap. Goreng sehingga sebati dan masak. Langkah 2 Penyediaan sos putih dengan menggunakan Nestle Yogurt Panaskan susu segar. Kacau perlahan-lahan. Masukkan mentega. Kacau sehingga larut. Kemudian, masukkan keju & Nestle Yogurt. Kacau seh...

Musim makan daging

Image
Cor WA gambar ni semalam. Sekarang ni kan musim daging yang fresh-fresh dapat dari orang korban. Macam-macam orang masak daging tu, sup, goreng, bakar. Bukan aje daging, kaki, gear box, tulang, ekor semua sekali orang pulun. Itu tak masuk lagi jadi makanan exotic lidah, ekor, kulit bagai.    Ini pulak Ateef Aizat yang WA. Aqeel Adeeb dengan sup gear box. Haishhhh! Korang memang awesome la bab bakar line orang tak balik raya! Ini main kasar ni. >.< Orang tak balik raya haji memang macam nilah. Tengok aje gambar-gambar orang pesta melapah lembu, makan-makan daging, kenduri daging etc. Orang kelantan memang havoc raya hajinya. Saya ni meleleh je lah tengok Cik, Cor dan Nyoh dok share gambar-gambar daging. Haishhhh. Menci!  So, bagi saya daging goreng, sup tulang/ekor semua tu terlalu mainstream untuk raya haji. Apa kata korang try buat meatballs? I did last night for dinner :) Kejap je pun. Tak sampai sejam, semua dah ready untuk makan. Homemade-Gril...

Daging oh daging

Image
Start your day with NESCAFE! Saya memang suka daging. Semalam, sebelum pulang dari pejabat, bukan main lagi call Encik Bubu tanya nak dinner apa kat rumah. Kononnya, terasa nak makan Keow Teow Kerang tapi memandangkan Encik Bubu tak boleh makan, saya sendiri hilang idea nak masak apa semalam. Sehinggalah, saya ternampak si cantik ini. Daging ni nampak fresh. RM19 untuk 1.2kg. Bila congak-congak balik, dah lama tak masak daging goreng kunyit. Selalunya musim raya qurban la kami banyak goreng daging, makan daging kan. Tapi, sebab nampak cantik sangat daging merah ni, saya pun potonglah nipis-nipis. Gaulkan dengan kunyit dan garam. Lepas tu, biarkan seketika. Potong 2 labu bawang besar (dipotong bulat), sebiji tomato dan 4 batang cili serta asam jawa. Pastu, keringkan daging ini dalam kuali. Panaskan kuali. Masukkan daging. Kecilkan api. Biar keluar semua air-air dalam daging yang dah diperap ni. Bila dah nampak kering, baru masukkan sedikit minyak. Goreng lagi. Gaul lagi sa...

Juadah di pagi Syawal

Image
Tidak ada istilah balik kampung untuk kami tahun ini. Cukup sekadar menyambut pagi lebaran di teratak kami. In sha Allah, petang esok FIL akan bawa Opah (nenek Encik Bubu) datang & bersama-sama menyambut lebaran.  Sampai ke saat ini, saya masih berkira-kira lagi - apa yang perlu dihidangkan sebagai juadah hari raya. Sate sudah selamat ditempah. Saya berkira-kira untuk menyediakan satu juadah berat untuk dihidangkan. Kalau kat rumah Cik, ada nasi dagang. Kat rumah saya? Nasi berlauk ikan aya? Nasi Ayam?   Atau, mungkin juga.. . . . . . . . . . . . . . Oh. Susahnya nak memilih menu!