Posts

Showing posts with the label Pesanan Khidmat Masyarakat

MyHRMIS Cuti -- apply cuti dimana sahaja anda berada.

Image
Eceh. Hari ni saya discover satu perkara yang saya baru tahu. Ulang suara, saya baru tahu. Mengenai "MyHRMIS Cuti" . Bila sebut HRMIS ni, kakitangan awam kat Malaysia ni confirm tahu apa ke benda tu.     Semenjak saya menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2003, bila nak mohon cuti aje, saya akan buat secara konvensional -- isi borang cuti, pastu minta boss tandatangan nak lulus atau tidak. Tapi, untuk tahun 2015, saya akan tinggalkan perbuatan konvensional itu. Hekhekhek.   Khas untuk pengguna telefon bimbit pintar Android, silalah muat turun aplikasi ini di Play Store anda.  Search "MyHRMIS Cuti"      Bila sudah dimuat turun, paparan ini akan menghiasi screen telefon pintar anda.   Anda boleh semak baki cuti anda tanpa menyemaknya dengan pegawai yang menguruskan cuti. OMG. Memang kaki cuti ok >.< Semua rekod cuti anda pun ada kat sini. Paling saya suka -- boleh mohon cuti di hujung jari anda sahaja. Sen...

Ingatan + Pesanan = Social Story.

Image
Mungkin ianya agak baru untuk ibubapa yang tidak mempunyai masalah seperti mana Lope. Social story adalah kaedah penceritaan mengenai situasi, kemahiran atau konsep yang releven yang digunakan didalam masyarakat. Tujuan social story adalah untuk berkongsi maklumat yang tepat kepada individu autistik (dalam konteks Lope) untuk memahami sesuatu adab/tatasusila/situasi. Ini adalah contoh social story yang dibuat oleh Syahirah Omar untuk anaknya. Ini memang betul-betul otai sebab pandai melukis. Untuk Lope pula, social story untuknya adalah berlainan. Setiap individu autistik memiliki keistimewaannya yang tersendiri dan untuk Lope adalah ingatan.  Berdasarkan kepada pemerhatian saya selama 7 tahun menjadi mama kepada Lope, dia memiliki ingatan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara. Kata kita, iya ke? Rasa diragui tetapi setiap pesanan yang disampaikan kepada Lope, dalam rekod saya, Lope memang mematuhi pesanan yang disampaikan. Paling baru, pesanan semasa hari raya...

Kenapa boikot?

Image
23 Ramadhan.   Tiada perkataan yang dapat digambarkan di bulan yang baik ini. Cari sahaja hashtag #GazaUnderAttack --> maka, bersepah keluar gambar yang mampu buat saya menangis tersedu-sedan. Kanak-kanak dibom, ditembak & mati bergelimpangan. Sekarang baru saya faham kenapa Morsi dan Ikhwanul Muslimin dinyahkan sebelum ini apabila pintu Rafah tidak dibuka untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza. Mari kita berdoa. Mari kita menderma. Mari kita boikot barangan yang menyumbang kepada Israel. Kenapa boikot?  Poster kredit kepada Akmal Aziz. Jom kita boikot secara berjemaah.

Thanks God, it's Friday again!

Image
Alhamdulillah. Hari ini, Jumaat pertama di bulan Ramadhan.    Pagi tadi, saya membaca update di FB. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah cerita mengenai Pesanan Roh Pada Manusia. Agak panjang jugak tetapi rasanya berbaloi untuk kita ambil masa dan baca.   Sumber: SINI. Pesanan Roh Pada Manusia Sumber: SINI. Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Sel epas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabi...

Solat Tarawih 8 Rakaat + Solat Witir 3 Rakaat = 11 Rakaat.

Image
Semalam, sebelum berbuka puasa, saya rasa bloated dan tak larat sangat. Dalam hati dah pasang niat, takpelah. Malam ni tak payah pergi tarawih. Biar Encik Bubu je pegi. Semasa berbuka, masih berkira-kira, nak pergi ke tak tarawih. Pastu, siap dalam hati dok fikir, Encik Bubu pun tak payah pergi, boleh buat jemaah kat rumah. Tapi, selepas terkena je air wudhuk masa nak solat Maghrib tu, keputusan berubah lagi. Alhamdulillah, di musim setan dikurung ni, memang tak ada penghasut yang nak hasut tak bagi buat perkara baik. Alhamdulillah. Semalam, selamat bersolat tarawih berjemaah di masjid baharu Presint 14.  Tarawih pertama malam sebelumnya memang kami dah pasang niat nak solat di masjid baharu ni. Saya kagum kerana pada malam pertama, masjid yang mampu menampung 150-200 jemaah ini penuh. Melimpah ruah sampai ke kaki lima dengan makmum lelaki dan wanita. Orang kata, biasalah malam pertama terawih, orang tengah excited. Maka, malam pertama kami kembali berjemaah di Surau Al-Is...

Jerebu di Putrajaya

Image
Tabung pendidikan Lope & Obiya - SINI. Sesak nafas sungguh sekarang ni. Putrajaya secara rasminya dah 3 hari jerebu. Orang yang paling saya bimbangkan akan terjejas adalah Lope & Obiya juga FIL saya. Alhamdulillah, di hari ke-3 ni, nampaknya mereka semua baik-baik belaka. Memang arahan berkurung untuk Lope & Obiya melemaskan mereka. Lope terutamanya. Semalam, setiap 1 jam saya telefon ke rumah. Bibik cakap, Lope tak lena tidur. Mungkin lemas. Mungkin bosan dengan rumah yang sepanjang masa tertutup rapat. IPU kat Putrajaya dah mencecah 193 pada 25 Jun 2013 jam 6.00 pagi. Tak sure pulak, dah makin naik atau turun. 24 Jun 2013 jam 8.15 pagi di Presint 14 Putrajaya. Matahari tengah sakit? 24 Jun 2013 jam 9.30 pagi di Presint 4 depan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Nampak samar-samar je PICC. 24 Jun 2013 5.40 petang di Presint 5. Sepatutnya kat depan tu nampak bangunan kat Presint 4 tu (macam dalam gambar kat bawah). Gambar ni...