Mek 400 Ringgit
Ini cerita yang berlaku di malam 1 Syawal. Alkisahnya, selepas family Ayah Lope beredar dari rumah kami, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL menziarahi Nabila. Nak dipendekkan cerita, saya tak mahu membawa Lope atau Sophia. Nanti lambat pula nak ke hospital. Jadi, dengan bermurah hatinya, Encik Bubu menawarkan tabletnya kepada Sophia sebagai umpan. Untuk makluman, selama ini Sophia memang tidak dibenarkan mengguna tablet Encik Bubu. Jadi, bila diberi lesen besar, Sophia dengan rela hati sanggup ditinggalkan dirumah bersama Lope. Maka, Mama dan Abahnya berlengganglah pergi ke hospital. Selepas hospital, sempat lagi dating berdua di Pavillion bagai dan pulang ke rumah pada hampir-hampir jam 10.00 malam. Sewaktu kami tiba dirumah, Lope sudah lena dan Sophia masih lagi bermain tablet Encik Bubu. Lebih kurang jam 10.30 malam, saya memaksa Sophia untuk masuk tidur dan dia akur. Tetapi, beberapa minit kemudian, saya mendengar Encik Bubu terpekik. Saya biarkan sahaja kerana masih...