Posts

Showing posts with the label Aboh

10 Tahun

Image
Sedang kami lazat menikmati Keow Teow Dolly dari Taiping, yang dibawa khas oleh Bubu, Cik bangun mengapai telefon bimbitnya. . "Okey, saya datang sekarang" tenang je. Saya menjeling jam dipergelangan tangan kiri. Jam menunjukkan 11.30 malam. Cik duduk semula dikerusi, meja makan di rumah Yong. "Hospital call, minta datang ke hospital sekarang." Saya pandang Bubu. "Kita bawa Cik ke hospital, jom?" Bubu okey. . Pada wajah kami ada sedikit gusar. Sudah 8 bulan Aboh terbaring sakit. Pagi tadi, Aboh dipindahkan ke ICU. Bukan sekali dua Aboh keluar masuk ICU begini semenjak 8 bulan yang lalu. Selalunya doktor akan minta kami datang untuk melihat kondisi Aboh. Tanpa menghabiskan makan, kami bersiap ala kadar dan tergesa-gesa menuju ke hospital.  . Entah kenapa, terasa seperti ada satu perasaan asing dalam hati saya yang tak dapat diterjemahkan. Cik juga diam. Bubu juga. Hampir 500 meter tiba di hospital, sekali lagi telefon Cik berdering. Sekali lagi ho...

Selamat Hari Lahir ke 74, Aboh!

Aboh, 12 Oktober datang lagi. Hari ini, kalau Aboh masih ada, usianya genap 74 tahun. . Jika Aboh masih ada, Aboh akan jadi seorang datuk yang dikelilingi oleh 18 orang cucu-cucu. Pasti rumah Bukit Marak akan rimbun dengan segala macam pokok-pokok yang ditanam dan diberi nama cucu-cucu. "pokok dokong ika" atau "pokok rambutan Lope" atau "pokok Umar". . Video ini saya upload di FB pada 28 Disember 2009, 2 tahun selepas Aboh kembali kepada PenciptaNya. Hanya untuk tatapan kami adik-beradik, sebagai kenangan bahawa lelaki yang dijemput Ilahi pada usianya 65 tahun ini adalah hero kami sepanjang zaman, lelaki yang mengajar kami mengenal Allah, memberi kami makan, memberi kami perlindungan, memberi kami pendidikan dan yang paling penting, memberikan kami kasih sayang. . Tidak terbalas jasa dan kasih sayangnya. Tidak tergambar rasa rindu dan peritnya apabila dia tiada. Hanya doa yang kami mampu berikan setiap kali kami merinduinya. . Aboh, sudah 7 tahun ...

Selamat Hari Aboh. Selamat Hari Abah.

Image
Kadang-kadang, ada rasa macam nak angkat phone. Pastu tunggu orang kat sana angkat. "Aboh, bila nak mari (datang) rumah Sue (nickname saya dengan family)?" Atau.. "Aboh, Sue dah tahu spot makan best kat Putrajaya.." Atau.. "Aboh, Naquiyuddin (Aboh panggil Lope nama ni) dah pandai tarik badan, pastu dia berdiri depan TV, lagi comel.. dia ketuk-ketuk screen TV sebab dia happy sangat!" Oh, tapi semua tu kalau. Realitinya, dah tahun ke-6 Aboh saya kembali kepada PenciptaNya Yang Maha Esa. Selama 6 tahun ini juga, tempat Aboh terlalu istimewa dan tak mampu diganti dengan sesiapa pun.  25 tahun je kot sempat jadi daddy's girl, tapi kesannya, seumur hidup claim jadi anak manja Aboh sampai bila-bila.  Casing S4 -- tengok yang kat tengah tu.  Saya rindu Aboh saya.  Sangat-sangat. Gambar tu masa saya umur 5 tahun. Untuk Aboh: Al-Fatihah. Tak ada apa lagi yang boleh Sue hadiahkan selain doa-doa untuk Aboh. Kasih sayang Ab...