Posts

Showing posts with the label Puteri Jr.

Happy birthday, Phia !!!

Image
Terasa janggal untuk menulis, tapi sungguh aku merindui melakar catatan indah di ruangan ini. . Tulisnya bukan main gah. Kalau sebelum ini, kita akan menulis, sempena cuti Tahun Baru Cina, saya akan pulang ke kampung, saya akan pergi bercuti etc.. . Tahun ini, kita berkurung dirumah selama 3 hari. . Hari Jumaat , hari yang mulia.  . Decided nak masakkan nasi ayam. Ayam order sahaja dari MyFarm melalui GrabFood. Memang saya memilih tidak keluar rumah. Mahal sedikit tak apa, janji saya dan anak-anak tidak keluar rumah. Mulakan persiapan setelah Encik Bubu balik solat Jumaat. Oh pagi tadi, kami dah ambil heavy breakfast. Nasi dagang sedap. Pun order juga 5 bungkus. Hahaha. Saya memang pemalas begitu. . Jadi, ding dong ding dong. Perap ayam 2 jam. Berjayalah keluarga saya dinner dengan nasi ayam. Paling ringkas nasi ayamnya Jadi kita kongsi perapan nasi ayam yang paling ringkas ini. Ini saya belajar dari emak saya dan seawal usia 13 tahun, saya dah pandai masak nasi ayam seringkas ini....

Januari 2016

Image
Sudah lama tidak menulis. Entah ke mana semangat dan semangat untuk menulis sudah terbang pergi. Hari ini, sambil bertemankan Love Yourself  saya sedikit bersemangat untuk melakar cerita.  41 hari di tahun 2016 mencatatkan banyak cerita didalam kanvas potret cerita kami sekeluarga.  Muka tanned sebab baru balik dari Hari Keluarga Usrah Haji Megat Ramli penghujung tahun 2015. Alhamdulillah, Sophia sudah darjah 1. :) Hari pertama persekolahan tidaklah sesukar yang saya bayangkan. Temannya tidak perlu lama, Sophia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bersekolahnya Sophia, bererti angan dan cita-cita mahu menyiapkan bekal sekolah anak kesampaian. Ini saya yang lebih teruja sebenarnya. Macam mana saya tak semangat melihat bekas comel warna merah jambu begini? Alahai anak, tak mengapa bangun awal sekali pun, janji hati mama puas dapat bekalkan anak makanan dari tangan mama sendiri, walaupun yang paling ringkas sahaja. Bekal hari pertama - Chicke...

I hate Monday!

Image
Hari paling tak best adalah hari yang anak-anak dah seminggu dua tak ke sekolah, pastu hari ini kena bangun seawal mungkin siapkan mereka dan paling tak best lagi bila diaorang cranky tahap super annoying. I really hate mondays! Sabarlah mamaaaaaaaaaaaa.  Zaman ini akan berlalu selepas beberapa tahun sahaja lagi. Bertabahlah kejutkan 2 beradik ni mandi, siapkan bekal, pujuk nak ke sekolah.  Bertabahhhhh. Bertabahhhhh. Bertabahhhhh. Bila dah ready semua, ini adalah post wajib yang saya akan paksa. Abang dan adik. Dah siap semua, kena posing. Si abang, macam biasa, eye-contact paling mahal dan si adik, muka macam tak puas hati. Ada segala mak nenek dia complaint -- mengantuk, sejuk, nak minum milo, nak pegi school sekarang. Sekali pandang, nampak macam adik tu dah jadi kakak dan abang tu dah jadi adik, kan? ;) Semoga anak-anak Mama membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, baik budi adab tutur kata bahasanya. Till then, take care.

Kami Masih Ada

Image
Sudah lama tidak melakar kisah disini.  Sebetulnya tiada yang menarik untuk dikongsi dan detik waktu berlalu dengan terlalu pantas. Kehidupan kami sedikit berubah kini setelah Lope & Sophia keduanya bersekolah kini. Aktiviti kami seharian berkejar kesana ke mari, sama seperti ibubapa lain yang perlu menghantar dan mengambil anak ke sekolah.   Lope, 8 tahun. - Alhamdulillah, bermula semalam, dia kini sedang mengikuti 3 bulan terapi intensif di Makmal Autism UKM dibawah PERMATA, JPM.  - Sebelum menyertai Makmal Autism UKM, Lope juga menjadi pelajar Akademi LILI. Disitu buat pertama kalinya Lope merasai pengalaman "bersekolah". Terima kasih untuk Dr. Sazlina dan team - Cikgu Nurul, Cikgu Syidah, Cikgu Yana & Cikgu Siti. - Demi Lope, saya dan Encik Bubu menghadiri kelas pendidikan ibubapa autism di INSPEN dan kami mendapat suntikan semangat yang baru. Alhamdulillah, kami suami isteri mempraktikkan apa yang dipelajari, bukan sahaja pada Lope tapi juga Sophia...

Girls' Day Out - Cinderella 2015

Image
Kali ini mama dan baby girl pergi tengok movie - Cinderella 2015. Kami pergi tengok hari ketiga selepas ditayangkan di Malaysia. Sekarang ni dah pandai request nak tengok cerita apa. Selalunya saya akan bawa Sophia pergi pada hari Sabtu, first show dalam pukul 11.30 pagi di Alamanda. Orang tak ramai sangat dan yang paling penting dekat dengan rumah. Kali ni, kita review Cinderella 2015. The Cast Apa yang Sophia paling suka - mestilah princess, cantik dan pakai gown. Bila tengok Cinderella klasik ni, nampak la muka Lily James ni, kan? Watak Young Ella yang dilakonkan oleh Lily James tu suam-suam kuku aje bagi saya, nak kata terkesan sangat sampai rasa dalam hati tu takdelah. Saya lebih gemar bila watak Prince Charming lakonan Richard Madden yang tengah gila bayang dalam istana tu. Bila bercerita, matanya nampak bercahaya, senyumnya dari hati. Haish. Pastu, bila tengok Fairy Godmother (Helena Bonham Carter) seribu kali sayang sebab kat mata saya, cuma namp...

School Life

Image
Akhirnya, hari ini sekolah cuti dan buat pertama kalinya semenjak saya menjadi "mama" saya menghargai cuti sekolah sebab tak perlu berebut keluar dan masuk hantar dan ambil anak-anak. Oh, yes -- anak-anak. Both Lope dan Sophia. :) Dah lama kan tak bercerita pasal Lope dan Sophia, memang blog ni dah berhabuk. Rasanya FB/Instagram dah banyak ambil alih peranan blog ni. Lepas tu sebab aging factor, rasa malas nak menulis. Bahasa pun dah berkarat dan dah tak tahu how to express into words. Eh? Mari nak bercerita. Mula-mula, nak cerita pasal Sophia. Bermula tahun 2015 ini, Sophia sudah tidak bersekolah di branded montessori sebelum ini. Sebenarnya agak terkilan dengan cara dan pengurusan pihak kampus sebelum ini. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dan tiada ketelusan didalam laporan perkembangan anak-anak. Sejujurnya, sebagai ibubapa, saya bukan tidak mahu melihat laporan di atas kertas jayyid jiddan, A+ dan hakikatnya perkembangan pembelajaran anak saya adalah sebali...

Isu persekolahan dan Mama yang tidak adil?

Image
  Hari ini hari pertama Sophia melangkah ke pra-sekolah. Seperti yang dijangkakan, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Semalam jam 9 sudah beradu. Pagi ini jam 7 sudah bangkit. Jam 8 pagi sudah berada di sekolah. Tak ada drama, tak ada air mata. Salam Mama, peluk Mama dan pesan "nanti Mama ambil Ya ye". bergambar di hadapan sekolah. tak ada riak muka orang nak menangis, kan? ;) Phew ~*  Lega satu cerita. Tapi, hati dan naluri keibuan saya masih rasa berat. Bukan Sophia yang saya bimbangkan, tetapi si Lope, abangnya. :( Flashback sikit. Sudah seminggu saya dan Encik Bubu berpesan kepada Sophia, next week akan sekolah. Nect week, tidur awal bangun awal etc. Dalam hati, saya terasa seperti si abangnya jauh hati. Lope tidak bercakap, tidak menunjukkan reaksi tidak bermakna Lope tidak ada rasa cemburu.  Ralatnya hati saya. Hari Sabtu -- seperti biasanya hari Sabtu, saya membawa mereka bermain di playground selama sejam namun, ianya tertakluk kepada ke...

Mek 400 Ringgit

Image
Ini cerita yang berlaku di malam 1 Syawal. Alkisahnya, selepas family Ayah Lope beredar dari rumah kami, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL menziarahi Nabila. Nak dipendekkan cerita, saya tak mahu membawa Lope atau Sophia. Nanti lambat pula nak ke hospital. Jadi, dengan bermurah hatinya, Encik Bubu menawarkan tabletnya kepada Sophia sebagai umpan. Untuk makluman, selama ini Sophia memang tidak dibenarkan mengguna tablet Encik Bubu. Jadi, bila diberi lesen besar, Sophia dengan rela hati sanggup ditinggalkan dirumah bersama Lope. Maka, Mama dan Abahnya berlengganglah pergi ke hospital. Selepas hospital, sempat lagi dating berdua di Pavillion bagai dan pulang ke rumah pada hampir-hampir jam 10.00 malam. Sewaktu kami tiba dirumah, Lope sudah lena dan Sophia masih lagi bermain tablet Encik Bubu. Lebih kurang jam 10.30 malam, saya memaksa Sophia untuk masuk tidur dan dia akur. Tetapi, beberapa minit kemudian, saya mendengar Encik Bubu terpekik. Saya biarkan sahaja kerana masih...