Posts

Showing posts with the label Maid

Kasroha is back

Image
Rasanya hidup macam baru settle down je. Baru 2-3 hari ni, rasa sedikit aman dalam hati. Malam Jumaat lepas, secara rasminya saya ada bibik (yippie!) -- kalau orang-orang yang rapat dengan saya sure kenal dia. Nama dia Kasroha. Bibik yang lama. Hehehe. Dulu, iye-iye je marah Kasro kan. Korang tak tahu, kalau tak kerana marah dan gaduh tu, hubungan mem dengan bibik tak akan baiknya. Hehehe. Selepas dapat pengalaman dengan Bibik Yumi yang sangat menakutkan, saya dan Encik Bubu sepakat untuk offer semula Kasro bekerja walaupun dia demand gaji tinggi woooo. Pejam mata ajelah. Jumaat lepas, saya memang cuti. Ingatnya macam nak kasi sesi pengenalan la kat Kasro. Selepas solat subuh, dalam pukul 6.30 pagi macam tu, saya turun ke bawah. Tengok rumah macam gelap je. Dalam hati ingatkan Kasro masih tidur, mungkin dia jet lag ke apa. Tapi, bila saya buka lampu -- tada! Rumah saya ibarat baru dikemas oleh gennie! Lantai sudah sedia dimop, barang-barang mainan yang Obiya selerakkan juga sudah k...