Posts

Showing posts from January, 2014

32 Tahun 2 Hari

Image
alhamdulillah masih dipanjangkan usia dan mampu menulis entry ini lagi. happy (belated) birthday, dear me! untuk pertama kalinya dalam sejarah, saya tidak ingat tarikh 18 Januari adalah tarikh hari lahir saya. hadiah yang paling "indah" adalah saya mendapat advanced birthday gift dari bibik 2 hari sebelumnya dan saya dengan ini secara rasmi adalah maid less. :) entry kali ini saya sudah letih mahu bercerita pasal bibik. cukuplah saya katanya, sabar saya juga ada batasnya. mungkin tempoh 4 tahun sudah cukup menjadikan dia besar kepala dan naik lemak. wallahuaklam. kalau nak ikutkan hati - dah tak larat nak layan kerenah bibik yang macam-macam. bayar gaji mahal, kerja di rumah yang sekangkang kera sahaja, masalahnya bertimbun-timbun. kalau aku kaya macam lagu Awi Rafael tu memang sah-sah berenti keje, buat rumah macam centre for Lope, panggil the best therapist datang rumah every day. kalau aku kaya ... :p takpe, Allah has a better plan for us. in sha Allah. ...

Isu persekolahan dan Mama yang tidak adil?

Image
  Hari ini hari pertama Sophia melangkah ke pra-sekolah. Seperti yang dijangkakan, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Semalam jam 9 sudah beradu. Pagi ini jam 7 sudah bangkit. Jam 8 pagi sudah berada di sekolah. Tak ada drama, tak ada air mata. Salam Mama, peluk Mama dan pesan "nanti Mama ambil Ya ye". bergambar di hadapan sekolah. tak ada riak muka orang nak menangis, kan? ;) Phew ~*  Lega satu cerita. Tapi, hati dan naluri keibuan saya masih rasa berat. Bukan Sophia yang saya bimbangkan, tetapi si Lope, abangnya. :( Flashback sikit. Sudah seminggu saya dan Encik Bubu berpesan kepada Sophia, next week akan sekolah. Nect week, tidur awal bangun awal etc. Dalam hati, saya terasa seperti si abangnya jauh hati. Lope tidak bercakap, tidak menunjukkan reaksi tidak bermakna Lope tidak ada rasa cemburu.  Ralatnya hati saya. Hari Sabtu -- seperti biasanya hari Sabtu, saya membawa mereka bermain di playground selama sejam namun, ianya tertakluk kepada ke...