Posts

Showing posts with the label Aidilfitri

Sampin Pertama Lope

Image
Sudah lama menyimpan angan, tiap kali anak-anak lelaki kecil melintas dihadapan saya, segak berbaju melayu dan bersampin, saya sering membayangkan suatu hari, saya teringin melihat Lope segak berbusana melayu lengkap. Pernah dahulu tengok gambar di FB Auntie Leha dan cucunya, Ya Allah. Handsomenya. Memang melting saya tengok. Kenapa tidak dipakaikan sahaja? Bagi saya, selagi Lope tidak boleh berdiri, berjalan -- buat apa dia pakai sampin kalau tuan empunya badan perlu didukung. Kalau baby dukung, comellah. Kalau Lope, 8 tahun didukung -- bayangkanlah. Itu tidak termasuk si mama yang comot tudung tertarik ke sana ke mari sebab berdukung.  Setiap kali Aidilfitri, Lope berbaju melayu tetapi berdukung. Tidak nampak dimana kacaknya.  Dalam hati ibu, memasang angan bersulam doa. Berilah peluang utk Lope bersampin berbaju melayu. Mungkin kecil pada orang lain, tapi besar pada saya.  Allah itu baik. Semua doa yang kita minta dia dengar. Tidak ada istilah Allah tak akan perk...

Iklan Raya 2014 - Anugerah

Image
Deep.

Cerita Syawal kami

Image
Semua orang bercerita mengenai Syawal mereka. Oh, kami pun nak juga tumpang berkongsi cerita. Syawal yang paling rare sebab kali pertama saya celebrate di rumah kami sendiri di Putrajaya.  Perasaan sepi dan mencengkam jiwa dah mulai kami rasa 2 hari sebelum raya bila mana semua rumah-rumah di kawasan rumah saya sudah mulai kosong tanpa jasad - yang ada, cuma tinggalan kereta-kereta sahaja di ruangan porch dan pepohon yang melambai. Seringnya, apabila saya pulang petang dari pejabat, kawasan kejiranan saya akan dipenuhi dengan jerit pekik kanak-kanak sedang berbasikal, berlari dan bergelak ketawa. Seringnya, saya memperlahankan kenderaan memberi laluan buat anak-anak ini yang keriangan bermain sesama mereka. Tapi, kali ini semuanya sepi. Ibarat bandar yang ditinggalkan dan hanya kami sekeluarga sahaja wujud. Phew~* Malam menjelang Syawal, FIL dan Encik Bubu ke rumah Cik Su Da menjemput Opah (FIL's mother). Dalam hati ada sedikit cuak bila tiap kali Opah datang berkunjung. Cu...

Juadah di pagi Syawal

Image
Tidak ada istilah balik kampung untuk kami tahun ini. Cukup sekadar menyambut pagi lebaran di teratak kami. In sha Allah, petang esok FIL akan bawa Opah (nenek Encik Bubu) datang & bersama-sama menyambut lebaran.  Sampai ke saat ini, saya masih berkira-kira lagi - apa yang perlu dihidangkan sebagai juadah hari raya. Sate sudah selamat ditempah. Saya berkira-kira untuk menyediakan satu juadah berat untuk dihidangkan. Kalau kat rumah Cik, ada nasi dagang. Kat rumah saya? Nasi berlauk ikan aya? Nasi Ayam?   Atau, mungkin juga.. . . . . . . . . . . . . . Oh. Susahnya nak memilih menu!