Semalam semasa kat pejabat, Sophia call. Dialognya lebih kurang macam ni. "Mama, boleh ke malam ni Phia nak makan spaghetti yang kuah dia colour putih yang macam Mama masak hari tu? Phia rasa lapar sangat hari ni." Maka, cairlah hati si ibu mendengarnya. Anak lapar uolls. "Ok, nanti Mama balik, Mama masak ye.." "Boleh tak Mama masak banyak sikit sebab nanti esok masa breakfast pun Phia nak makan. Mama masak sedap sangat. Pleaseeee Mama." Ok, ada unsur-unsur bodek disitu dan aura drama queen dah mula nak menjelma. "Ok. Nanti Mama masak lebih untuk Phia." "Ok, thank you Mama cantik, fairy dan kurus " Oh anakku. Perlu ke kau sebut perkataan last itu? Sentap jantung Mama noks! *cries* Apapun, sekarang ini Sophia sudah 6 tahun. Selera makannya ya Allah, alhamdulillah -- berselera sungguh. Apa sahaja yang kita masak, dia cakap sedap. Macam tu la lumrah anak, makanan tersedap didunia adalah makanan yang ibu masak. Kan? ...
Comments
Post a Comment