Posts

Showing posts with the label In Loving Memory

Selamat Jalan, Cik Mah!

Image
Hari ini hari sabtu yang luar biasa untuk saya. . Hari sabtu 19 September 2015 yang untuk dikenang. Rasanya, kali terakhir saya terasa seperti ditampar, jatuh terpampan dan saya kehilangan kata begini adalah sewaktu kehilangan Aboh. . Hanya kehilangan yang mampu memberi kesan sedalam ini. Hari ini, Cik Mah, ibu saudara saya dijemput pulang menemui penciptaNya juga merupakan bonda kepada Princess Nur . Rasa seperti bermimpi. Cik Mah adalah bonda saudara yang sangat aktif didalam group whatapps keluarga kami. Ada sahaja gurau sendanya, gelak tawanya, gambar masakan enak air tangannya dan tak lupa - ayam percik istimewa. . Pendek kata, apa yang boleh diingati mengenai Cik Mah adalah yang baik-baik belaka. Orangnya yang sangat pembersih, air tangan memasaknya yang enak dan lawak selokanya sering menghiasa perbualan kami. . Allahuakbar. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. . Hari ini, Cik Mah dijemput pulang. Tanpa sakit yang panjang, pergi meninggalk...

Abang Nan dalam kenangan

Image
Entri ni sepatutnya saya tulis pada 15 September 2013 - genap 17 tahun pemergian abang saya. Namanya Megat Aznan bin Megat Ramli, semasa saya kecil, saya panggil dia Abang Nan. Bila kami semua menerima anak buah pertama, namanya menjadi Ayah Uda. Selepas itu, kami masing-masing panggil dia Uda. Dalam memori saya, kenangan bersama Abang Nan bermula semasa kami sekeluarga tinggal di Alor Setar. Waktu itu, Abang Nan di tingkatan 1. Dalam memori saya, masih ada "gambar" Abang Nan berpakaian blazer - uniform Kolej Sultan Abdul Hamid. Segak. Masih ada juga cerita dan kenangan saya lihat Abang Nan bermain-main "gocoh" dengan Abang Ni dan masih teringat macam mana Abang Nan yang rajin mengangkat dumbbells dan berpeluh menyakat saya. Itu semua cerita yang saya ingat semasa di Alor Setar.   Suatu hari di hari raya yang kami sambut semasa di Alor Setar. Saya tidak tahu tahun berapakah ini. Abang Nan adalah yang paling tinggi berdiri disamping Abang Ni dan Abang Khas yan...

Kronologi cerita Lope sakit.

Image
Saya sebenarnya paling tak suka nak update cerita bila Lope/Sophia sakit. Tapi, saya tetap akan buat entry sebab blog ini dah macam diari saya. 31/08/13 (Sabtu) Cerita sakit bermula pada 31/08/13 - Lope terhantuk, tergigit gigi. Akibatnya, gigi 'rabbit' goyang. Bibirnya pecah. Saya bawa dia ke klinik, doktor tidak berani mencuci luka dan kesan darah di gigi. Doktor juga nasihatkan agar saya membawanya berjumpa doktor gigi paeds. Ini gambar Lope semasa gigi mula-mula patah. Bibir pecah. Gigi goyang. Gusi bleeding non-stop.     Ini sahaja gambar yang mampu saya ambil. Bila saya angkat aje handphone, terus dia melarikan wajahnya. Enggan membiarkan gambarnya di ambil. Saya tidak memaksa, kesian melimpah ruah. Sepanjang hari Ahad, Lope bertahan sahaja dari sakitnya. Kanak-kanak seperti Lope tidak boleh dibawa ke sebarang klinik gigi sebaliknya perlu dirujuk ke Klinik Pergigian Paediatrik. 02/09/13 (Isnin) Lope ada temujanji di Klinik Neurologi berjumpa ...

Selamat Hari Aboh. Selamat Hari Abah.

Image
Kadang-kadang, ada rasa macam nak angkat phone. Pastu tunggu orang kat sana angkat. "Aboh, bila nak mari (datang) rumah Sue (nickname saya dengan family)?" Atau.. "Aboh, Sue dah tahu spot makan best kat Putrajaya.." Atau.. "Aboh, Naquiyuddin (Aboh panggil Lope nama ni) dah pandai tarik badan, pastu dia berdiri depan TV, lagi comel.. dia ketuk-ketuk screen TV sebab dia happy sangat!" Oh, tapi semua tu kalau. Realitinya, dah tahun ke-6 Aboh saya kembali kepada PenciptaNya Yang Maha Esa. Selama 6 tahun ini juga, tempat Aboh terlalu istimewa dan tak mampu diganti dengan sesiapa pun.  25 tahun je kot sempat jadi daddy's girl, tapi kesannya, seumur hidup claim jadi anak manja Aboh sampai bila-bila.  Casing S4 -- tengok yang kat tengah tu.  Saya rindu Aboh saya.  Sangat-sangat. Gambar tu masa saya umur 5 tahun. Untuk Aboh: Al-Fatihah. Tak ada apa lagi yang boleh Sue hadiahkan selain doa-doa untuk Aboh. Kasih sayang Ab...