Posts

Showing posts with the label Charity

Update Ringkas Wakaf #ProjekTelekung

Image
Saya dah update di FB saya. Kebelakangan ini saya kurang sihat, terbantut sikit nak update pasal projek ini. Insya Allah, minggu hadapan saya kongsikan update lengkap. Terima kasih kepada penderma sekalian. Saya akan cuba yang terbaik mewakafkan setiap sumbangan. Till then, take care. Xx

Projek Telekung - Update sehingga 25/03/2015

Image
5 hari sebelum #ProjekTelekung ditutup pada 1 April 2015. Alhamdulillah, hari ini rakan sekolah saya singgah ke rumah dengan membawa 6 pasang telekung solat yang baharu untuk disumbangkan. Terasa urusan ini dipermudahkan oleh Allah dgn bantuan rakan-rakan dan keluarga yg ingin sama menyertai menuai ladang pahala di akhirat kelak.   FAKTA RINGKAS MENGENAI #PROJEKTELEKUNG SASARAN  Mendapatkan 60 pasang telekung solat yang baharu untuk diagihkan di 3 surau yang menjadi tempat tumpuan ramai iaitu: - Surau A, KL Sentral ; - Surau B, KL Sentral ; dan  - Surau KTM Serdang. KAEDAH Kami menerima wang sumbangan dan telekung solat yang baharu . Tiada jumlah minimum/maksimum dan kami menerima sumbangan seikhlas hati anda. Sila komen sekiranya ingin menyertai kami. (Kami akan maklumkan bagaimana anda boleh salurkan sumbangan anda kepada kami melalui e-mail/whatapps) SUMBANGAN SEHINGGA 25/03/2015 Sumbangan wang ringgit berjumlah RM1060.00 & 6 pasang...

Projek Telekung Batch 1

Image
Bismillahirahmanirahim. Di pagi Jumaat yang indah ini, saya nak kongsikan satu kerja charity yang saya nak buat. Sebelum itu, saya nak cerita dulu, macam mana terbuka pintu hati saya untuk kerja-kerja charity ini. Setiap kali kawan-kawan FB saya buat kerja amal - himpun dana, bantu orang susah - hati saya selalu terdetik. Ya Allah, baiknya mereka. Buat kempen di FB, collect duit - pegi belikan barang-barang dan agihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka buat semua ni tanpa mengharapkan balasan. Memang jenis orang baik yang suka bantu orang. Pada awalnya, saya join dengan kasi derma juga. Masa ada lebih, lebihlah saya bagi. Masa tengah sengkek, saya bagi apa yang mampu. Ada masanya, saya cuma tengok aje :D Jadi, saya tertarik untuk memulakan satu kempen Projek Telekung.  Kenapa Projek Telekung? 3 sebab utama. Satu: Sebab saya sendiri paling tak suka jika singgah ke surau tapi guna telekung solat yang hapak, busuk dan lusuh serta dalam berkeadaan uzur. Dua: ...