Posts

Showing posts with the label Autism

Tantrum

Image
Sudah agak lama ianya tidak berlaku, tetapi terjadi malam ini. Setiap kali Lope tantrum, saya terkesima. Saya hilang punca untuk 5 saat pertama.  . Punca? Apa yg mencetus amuknya? . Lope ibarat menggelupur sambil menjerit "omma-omma". Tangisnya kuat. Badannya dikeraskan. Bila mahu didukung - sengaja dikeraskan badannya. Sengaja diberatkan badannya. Kudrat saya tewas dan saya terduduk ditepinya. . Tangannya mencakar saya dan kakinya menendang. Saya usahakan membawa Lope ke kamarnya. Bilik disejukkan dengan suhu 16° dari penghawa dingin, lampu dipadam, zikir munanjat dari Ustaz Badrul Amin dimainkan dan Lope saya peluk penuh kasih sayang. . Serta merta dia terdiam. Telinganya kusyuk mendengar alunan zikir dan saya memeluknya. Situasi ini cukup asing pada mata orang lain. Mungkin juga situasi ini mengundang "takut" orang padanya.  . Tantrum terjadi apabila Lope gagal menyampaikan kemahuan hatinya. Dalam konteks tantrum malam ini berpunca dari ketidak pua...

Tips "terbang" dengan anak autistik.

Image
Musim-musim cuti sekolah sekarang ni, mesti ada yang merancang nak pergi holiday kan? Ambillah masa anda bercuti dan bergembira dengan anak-anak. Saya cuma nak kongsikan beberapa tips yang saya praktikkan bila saya ingin "terbang" bersama Lope. Untuk makluman, bukan mudah untuk berjalan dengan anak autistik yang mempunyai Sensory Processing Disorder. Pelbagai aspek perlu di ambil kira terutamanya keselesaan Lope bagi memastikan perjalanan kami sekeluarga teratur. Sebelum memulakan perjalanan Kenal pasti apa yang Lope suka/tidak suka. Perlu buat social story. sesetengah anak autistik lebih memahami dengan visual - jadi parents kena lebih gigih dan kreatif untuk create kad/lukis gambar bercerita mengenai apa yang ingin disampaikan. Dalam kes Lope,  social story untuk dia adalah dari pesanan/penerangan audio dari saya. Ada masanya saya perlu menggunakan suara cartoon yang digemarinya. Ianya berubah dari masa ke semasa. Sekarang ni Lope suka karekter Max & Rubb...

Ingatan + Pesanan = Social Story.

Image
Mungkin ianya agak baru untuk ibubapa yang tidak mempunyai masalah seperti mana Lope. Social story adalah kaedah penceritaan mengenai situasi, kemahiran atau konsep yang releven yang digunakan didalam masyarakat. Tujuan social story adalah untuk berkongsi maklumat yang tepat kepada individu autistik (dalam konteks Lope) untuk memahami sesuatu adab/tatasusila/situasi. Ini adalah contoh social story yang dibuat oleh Syahirah Omar untuk anaknya. Ini memang betul-betul otai sebab pandai melukis. Untuk Lope pula, social story untuknya adalah berlainan. Setiap individu autistik memiliki keistimewaannya yang tersendiri dan untuk Lope adalah ingatan.  Berdasarkan kepada pemerhatian saya selama 7 tahun menjadi mama kepada Lope, dia memiliki ingatan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara. Kata kita, iya ke? Rasa diragui tetapi setiap pesanan yang disampaikan kepada Lope, dalam rekod saya, Lope memang mematuhi pesanan yang disampaikan. Paling baru, pesanan semasa hari raya...

#AutismAwarenessDay2014

Image
Terima kasih kerana menjadikan 2 April 2014 berwarna biru sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia ;) Ini antara gambar-gambar yang orang tagging saya memberikan sokongan. Tahun ini saya sangat teruja bila ramai dari kalangan keluarga saya turut sama berkongsi gambar berpakaian biru untuk Lope. Iolls suka! Ini adalah sebahagian dari orang-orang yang sporting dan yang sempat saya tempek gambarnya. Ini pulak dari uncle FT. saje pegi remind dia pasal #AutismAwarenessDay. Takpelah Uncle FT tak kaler blue pun sebab bila Uncle FT retweet aje, ramai yang retweet balik. So, orang ramai tahu apa itu Autism atau kalau tak tahu pun diaorang akan google :p Dan ini, yours truly. Ini pula the hero on the day itself ;) Auwwwww. Tersilap tempek :p Ini MinHo-sshi Xxx Ini heronya ;) Klik sini untuk tabung pendidikan Lope & Sophia -- Tq!