Sumber: SINI. Al-Kahf bererti gua. Surah ke-18 dan mengandungi 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. Kelebihan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa membaca Surah Al-Kahfi diantaranya adalah: - Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat; dan - Dijauhi fitnah Dajjal jika menghafal 10 ayat terawal. Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Se...