Terasa janggal untuk menulis, tapi sungguh aku merindui melakar catatan indah di ruangan ini. . Tulisnya bukan main gah. Kalau sebelum ini, kita akan menulis, sempena cuti Tahun Baru Cina, saya akan pulang ke kampung, saya akan pergi bercuti etc.. . Tahun ini, kita berkurung dirumah selama 3 hari. . Hari Jumaat , hari yang mulia. . Decided nak masakkan nasi ayam. Ayam order sahaja dari MyFarm melalui GrabFood. Memang saya memilih tidak keluar rumah. Mahal sedikit tak apa, janji saya dan anak-anak tidak keluar rumah. Mulakan persiapan setelah Encik Bubu balik solat Jumaat. Oh pagi tadi, kami dah ambil heavy breakfast. Nasi dagang sedap. Pun order juga 5 bungkus. Hahaha. Saya memang pemalas begitu. . Jadi, ding dong ding dong. Perap ayam 2 jam. Berjayalah keluarga saya dinner dengan nasi ayam. Paling ringkas nasi ayamnya Jadi kita kongsi perapan nasi ayam yang paling ringkas ini. Ini saya belajar dari emak saya dan seawal usia 13 tahun, saya dah pandai masak nasi ayam seringkas ini....
Comments
Post a Comment