Posts

Syukuri Nikmat Yang Ada

Image
Sudah lama tiada sebarang update di blog ini, hari ini, hari Jumaat yang mulia, saya kembali menulis disini. Zaman berubah, tanggungjawab bertambah dan masa 24 jam sehari seakan tidak cukup untuk saya jurnalkan kehidupan harian saya disini.  . Saya sulusuri blog ini dari awal tahun 2008. Indahnya momen yang telah dilalui. Dari zaman anak seorang, diadiagnos dengan Autism, pengalaman mengandung kali kedua, melahirkan, membesarkan, sesi terapi tidak putus-putus dan kehidupan harian yang dipenuhi dengan segala kebahagiaan, tangisan dan drama membuatkan saya tersenyum membacanya. . Benarlah, hidup ini kita perlu membilang nikmat yang Allah beri, jangan disusahkan dengan menghitung ujian dari satu persatu. Selagi hidup, selagi itulah ada ujiannya. Ujiannya berbeza-beza. Ada orang diuji dengan anak. Ada orang diuji dengan pasangan. Ada orang diuji dengan kesakitan. Pokoknya, Allah uji kerana Allah sayang. . Tahun 2020, walau sebagus mana Facebook dan Instagram mengambil ...

10 Tahun

Image
Sedang kami lazat menikmati Keow Teow Dolly dari Taiping, yang dibawa khas oleh Bubu, Cik bangun mengapai telefon bimbitnya. . "Okey, saya datang sekarang" tenang je. Saya menjeling jam dipergelangan tangan kiri. Jam menunjukkan 11.30 malam. Cik duduk semula dikerusi, meja makan di rumah Yong. "Hospital call, minta datang ke hospital sekarang." Saya pandang Bubu. "Kita bawa Cik ke hospital, jom?" Bubu okey. . Pada wajah kami ada sedikit gusar. Sudah 8 bulan Aboh terbaring sakit. Pagi tadi, Aboh dipindahkan ke ICU. Bukan sekali dua Aboh keluar masuk ICU begini semenjak 8 bulan yang lalu. Selalunya doktor akan minta kami datang untuk melihat kondisi Aboh. Tanpa menghabiskan makan, kami bersiap ala kadar dan tergesa-gesa menuju ke hospital.  . Entah kenapa, terasa seperti ada satu perasaan asing dalam hati saya yang tak dapat diterjemahkan. Cik juga diam. Bubu juga. Hampir 500 meter tiba di hospital, sekali lagi telefon Cik berdering. Sekali lagi ho...

Catatan Ramadhan 1438 Hijrah - Ramadhan 18

Image
# Ramadhan18 . Masih bercerita mengenai Lope diwaktu ini, waktu yg kebanyakkan kita lena dibuai mimpi sblm bangun sepertiga malam. . What's on your mind, Puteri Nuur? Facebook tanya. . Saya masih terkelip-kelip menemani Lope. Bersambung kisah semalam, menjelang  # Ramadhan17 . Lope tertidur jam 3.36am dan bangkit semula sekitar jam 11.00 pagi. Bangunnya ceria, jadual makannya juga okey. . Tidak okeynya bila dipaksa minum air. Jadi, Mama mahupun bibik terpaksa berperang sedikit, memberi minum untuk capai target 1 liter sehari. Tiada tidur siang. . Malamnya, jam 9.30 malam sudah Mama ajak tidur dan Lope lena sekitar jam 11.10 malam. Tarik nafas lega Mama. Ambil peluang juga tidur disampingnya berdoa biarlah hingga ke pagi lenanya. . Tak sampai  😂 😂 😂 . Jam 12.40 pagi Mama dah terjaga sebab Lope dah mula berzikir "Mam-ma" tanpa sebarang sebab yang Mama tahu. Mamalah tak tahu. Seluruh badan Lope diselidiki. Tiada indikator sakit atau tidak selesa. Apa yang tak kenanya...

Catatan Ramadhan 1438 Hijrah - Ramadhan 16

Image
# Ramadhan16 . Sedikit gentar dalam hati bila Lope masih belum lelap. Jam sudah menginjak angka 3 pagi. . Hari ini, Lope tidak langsung tidur disepanjang waktu siang hari. Pagi tadi dia bangun jam 9 pagi dan hingga ke detik ini masih berjaga. . Hari ini berbuka puasa di rumah Ayah Nyoh -- setibanya sahaja, dia tantrum. Sudah lama Lope tidak buat show begini  😥 . Sepanjang berada dirumah Ayah Nyoh hingga jam 11.30 malam, dia agak cranky. Pantang Mama jauh dari pandangan, mulutnya merengek-rengek memanggil Mam-ma. . Pulangnya sepanjang dlm perjalanan dia okey, ada masanya dia membalas lawak jenaka Mama padanya. Seperti Lope yang biasanya tetapi setibanya dirumah, dia mula cranky lagi. 😫 😫 😫 . Dari jam 12 tengah malam hingga ke detik ini, dia masih belum tidur. Matanya kelayuan tetapi tidak lena. Lingkaran hitam dibawah matanya jelas kelihatan. Matanya kuyu, tetapi tidak lena. Jari jemarinya masih mencuit hidungnya, petanda dia masih belum tidur. . Ayuh beradu, Lope. Selagi...

Kenapa Saya Menjadi Independent Distributor Young Living Essential Oils ?

Image
Semenjak saya menggunakan Young Living Essential Oils (YLEO) dan  menjadi Independent Distributor ni, ada beberapa orang kawan bertanya, kenapa saya menjadi ahli? KENAPA SAYA MENJADI AHLI? . Saya mula pertama kali mendengar perkataan Young Living sewaktu gathering Superkids di Melaka, semasa itu Superkids Family beramai-ramai datang menjenguk Ita melahirkan anak kedua mereka. Selalunya, Jiey akan update kami semua dengan segala mak nenek terapi yang Ian sedang jalani dan selalunya Jiey adalah pembuka jalan kepada kami. Kali ini, Jiey kata terapi minyak. Okey, skeptikal di situ saya biarkan Jiey try dulu. . Beberapa bulan kemudian, melihat keberkesanan dan keserasian ke atas Ian, saya mula tertarik dan menjadi Independent Distributor pada Januari 2015 setelah beberapa kali saya mencuba sendiri ke atas Lope. Setelah saya yakin, barulah saya mendaftarkan diri dan sehingga kini, saya dan seisi keluarga telah menggunakan YLEO didalam hampir kesemua perkara kehidupan kami. KEBE...

DEMAM | BATUK | SELSEMA

Image
Semalam Lope demam. Cerita sebalik Lope demam tu, Mama dan Lope tidur kat ruang tamu, sebab Lope tak boleh tidur dalam aircond. Si abah dan adik, dua-dua berasal dari lilin, tak boleh tidur kalau takde aircond. . Jadi, kami berdua tidur di ruang tamu. Tengah malam sikit mama tengok bibik pun join sekali. Semalam, tak kurang dari 12 kali mama bangun. Monitor suhu badan Lope. Sponging. Oiling. Sponging lagi. . Sebelum tidur suhu Lope naik mencanak cecah 38.5. Hidung tersumbat, bernafas ikut mulut dan ada terdengar batuk sekali sekala. . Regim DEMAM| BATUK | SELSEMA memang sentiasa ready stock ada kat rumah. Peppermint - sapu di pusat, ikut arah jam. Titis dalam air dan sponging. Budget-budget bila badan dah kering sikit - sponging lagi. Repeat. Lavender / Lemon - sapu sepanjang tulang belakang. Saya buat diantara 30 minit - 1 jam sekali. Repeat. RC - Sapu kat dada depan, belakang. Tenyeh jugak atas hidung Lope, habis mencair hingus keluar macam air. Thieves - titik 5-10 titis ...

Januari 2016

Image
Sudah lama tidak menulis. Entah ke mana semangat dan semangat untuk menulis sudah terbang pergi. Hari ini, sambil bertemankan Love Yourself  saya sedikit bersemangat untuk melakar cerita.  41 hari di tahun 2016 mencatatkan banyak cerita didalam kanvas potret cerita kami sekeluarga.  Muka tanned sebab baru balik dari Hari Keluarga Usrah Haji Megat Ramli penghujung tahun 2015. Alhamdulillah, Sophia sudah darjah 1. :) Hari pertama persekolahan tidaklah sesukar yang saya bayangkan. Temannya tidak perlu lama, Sophia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bersekolahnya Sophia, bererti angan dan cita-cita mahu menyiapkan bekal sekolah anak kesampaian. Ini saya yang lebih teruja sebenarnya. Macam mana saya tak semangat melihat bekas comel warna merah jambu begini? Alahai anak, tak mengapa bangun awal sekali pun, janji hati mama puas dapat bekalkan anak makanan dari tangan mama sendiri, walaupun yang paling ringkas sahaja. Bekal hari pertama - Chicke...

Wordless Wednesday 1/2016

Image

Allah knows best. Kipidap. Dongibab. Ukenduit. Yurock.

Image
Jangan marah ye baca tajuk >.< Sesekali nak jugak merasa tulis macam vangla macam tu. Hahahahha. Saya mula kenal  Jiey Wan Aziz  sewaktu dalam pantang bersalinkan Sophia. Waktu tu, Ian berumur bawah setahun. Zaman kegemilangan blogging masa tu. Masa baca blog Jiey, saya menangis berjurai air matanya. Kagum baca semangat Jiey dan miracle boy Ian. . Hari ini, saya baca Jiey update status ni. Anak adalah anugerah. Bila doktor predict budak dalam perut ini itu ini, dia bukan Allah. Setiap perkembangan Ian tak henti buat saya yakin dengan kekuasaan Allah. Bila dapat Lope, baru saya belajar bersyukur. . Masa tak ada anak, meminta dengan Allah minta dikurniakan anak. Usaha sana sini, rawatan moden, alternatif semua saya buat. Bila dah pergi dapatkan rawatan semua, katanya semua okey, baru saya tersedar, yang Allah yang satu tempat meminta. Jadi, saya banyak berpuasa, saya banyak dekatkan diri dengan Allah, saya banyakkan sedekah minta dikurniakan anak. Dengan izinNya, d...

Foodgasm Fest

Image
Kali ini, saya pun akan join jadi salah seorang vendor bernaung di bawah The Food Co, Korang jangan lupa singgah ye :)

Selamat Hari Lahir ke 74, Aboh!

Aboh, 12 Oktober datang lagi. Hari ini, kalau Aboh masih ada, usianya genap 74 tahun. . Jika Aboh masih ada, Aboh akan jadi seorang datuk yang dikelilingi oleh 18 orang cucu-cucu. Pasti rumah Bukit Marak akan rimbun dengan segala macam pokok-pokok yang ditanam dan diberi nama cucu-cucu. "pokok dokong ika" atau "pokok rambutan Lope" atau "pokok Umar". . Video ini saya upload di FB pada 28 Disember 2009, 2 tahun selepas Aboh kembali kepada PenciptaNya. Hanya untuk tatapan kami adik-beradik, sebagai kenangan bahawa lelaki yang dijemput Ilahi pada usianya 65 tahun ini adalah hero kami sepanjang zaman, lelaki yang mengajar kami mengenal Allah, memberi kami makan, memberi kami perlindungan, memberi kami pendidikan dan yang paling penting, memberikan kami kasih sayang. . Tidak terbalas jasa dan kasih sayangnya. Tidak tergambar rasa rindu dan peritnya apabila dia tiada. Hanya doa yang kami mampu berikan setiap kali kami merinduinya. . Aboh, sudah 7 tahun ...

Grilled Chicken Fillet with Lemon

Image
Resepi ringkas. 15 minit sahaja untuk dimasak. Sesuai untuk orang yang nak buat bekal ke office setiap hari (macam saya). . Bahan-bahan: - Isi ayam (bahagian dada) - Lada hitam (ditumbuk kasar)* - Serbuk jintan manis * - Serbuk cili* - Garam* Cara membuatnya: - Gaulkan kesemua bahan bertanda (*) - Panaskan non-stick frying pan. Bila betul-betul panas, masukkan ayam ke dalam pan. - Taburkan bahan bertanda (*) di permukaan ayam. - Biarkan hingga separuh masak. - Pusingkan ayam, tabur bahan bertanda (*) di sisi berlawanan. - Masak sehingga masak garing. - Apabila masak, hiriskan lemon dan perah. Sedap dimakan dengan salad (rocket) dan tomato ceri. . Selamat mencuba!

Egg Rolls with Shrimp & Veggie Fillings

Image
Atkins? NO!  . Hahahahahaha. Cuma makan tanpa karbohidrat dan tak minuman bergula. Bolehlah nak panggil atkins tapi saya tak ikut 100% seperti yang disarankan. Seronoknya kali ini, sebab bukan saya seorang sahaja yang berpantang dari makan -- Encik Bubu pun tumpang sekaki. Jadi, cabaran nak sediakan makanan tu kurang sikit. Kadang-kadang, dengan Sophia pun sama makan macam kami.  . Jangan letak harapan tinggi sebab saya baru mula 2 hari. Tak berani nak pijak weight scale lagi. Takut angka tak turun-turun. Tapi, dalam tempoh 2 hari ni, alhamdulillah. Semalam saya post kat FB Egg Rolls with Shrimp & Veggie Fillings. Ada juga yang tanyakan resepi. Jadi, hari ni ada masa sikit meh nak share resepi ringkas. . Bahan-bahannya: - 2 biji telur (kacau dengan sudu untuk buat telur dadar) - udang dipotong kecil* - bawang besar (dipotong panjang)* - bawang putih (dipotong panjang)* - lada hitam (ditumbuk kasar)* - carrot - broccoli - tomato cherry -...

Selamat Jalan, Cik Mah!

Image
Hari ini hari sabtu yang luar biasa untuk saya. . Hari sabtu 19 September 2015 yang untuk dikenang. Rasanya, kali terakhir saya terasa seperti ditampar, jatuh terpampan dan saya kehilangan kata begini adalah sewaktu kehilangan Aboh. . Hanya kehilangan yang mampu memberi kesan sedalam ini. Hari ini, Cik Mah, ibu saudara saya dijemput pulang menemui penciptaNya juga merupakan bonda kepada Princess Nur . Rasa seperti bermimpi. Cik Mah adalah bonda saudara yang sangat aktif didalam group whatapps keluarga kami. Ada sahaja gurau sendanya, gelak tawanya, gambar masakan enak air tangannya dan tak lupa - ayam percik istimewa. . Pendek kata, apa yang boleh diingati mengenai Cik Mah adalah yang baik-baik belaka. Orangnya yang sangat pembersih, air tangan memasaknya yang enak dan lawak selokanya sering menghiasa perbualan kami. . Allahuakbar. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. . Hari ini, Cik Mah dijemput pulang. Tanpa sakit yang panjang, pergi meninggalk...

Tantrum

Image
Sudah agak lama ianya tidak berlaku, tetapi terjadi malam ini. Setiap kali Lope tantrum, saya terkesima. Saya hilang punca untuk 5 saat pertama.  . Punca? Apa yg mencetus amuknya? . Lope ibarat menggelupur sambil menjerit "omma-omma". Tangisnya kuat. Badannya dikeraskan. Bila mahu didukung - sengaja dikeraskan badannya. Sengaja diberatkan badannya. Kudrat saya tewas dan saya terduduk ditepinya. . Tangannya mencakar saya dan kakinya menendang. Saya usahakan membawa Lope ke kamarnya. Bilik disejukkan dengan suhu 16° dari penghawa dingin, lampu dipadam, zikir munanjat dari Ustaz Badrul Amin dimainkan dan Lope saya peluk penuh kasih sayang. . Serta merta dia terdiam. Telinganya kusyuk mendengar alunan zikir dan saya memeluknya. Situasi ini cukup asing pada mata orang lain. Mungkin juga situasi ini mengundang "takut" orang padanya.  . Tantrum terjadi apabila Lope gagal menyampaikan kemahuan hatinya. Dalam konteks tantrum malam ini berpunca dari ketidak pua...

Sampin Pertama Lope

Image
Sudah lama menyimpan angan, tiap kali anak-anak lelaki kecil melintas dihadapan saya, segak berbaju melayu dan bersampin, saya sering membayangkan suatu hari, saya teringin melihat Lope segak berbusana melayu lengkap. Pernah dahulu tengok gambar di FB Auntie Leha dan cucunya, Ya Allah. Handsomenya. Memang melting saya tengok. Kenapa tidak dipakaikan sahaja? Bagi saya, selagi Lope tidak boleh berdiri, berjalan -- buat apa dia pakai sampin kalau tuan empunya badan perlu didukung. Kalau baby dukung, comellah. Kalau Lope, 8 tahun didukung -- bayangkanlah. Itu tidak termasuk si mama yang comot tudung tertarik ke sana ke mari sebab berdukung.  Setiap kali Aidilfitri, Lope berbaju melayu tetapi berdukung. Tidak nampak dimana kacaknya.  Dalam hati ibu, memasang angan bersulam doa. Berilah peluang utk Lope bersampin berbaju melayu. Mungkin kecil pada orang lain, tapi besar pada saya.  Allah itu baik. Semua doa yang kita minta dia dengar. Tidak ada istilah Allah tak akan perk...