Posts

Showing posts from February, 2021

Jemput Pisang Tak Berminyak

Image
Dah banyak hari tengok kawan-kawan share di Facebook kawan-kawan kongsikan masak jemput pisang. Paling terliur tengok Uzair anak Munirah Hanim yang buatkan, nampak sedap sangat. Jadi bila kita nampak pisang kat dapur dah nampak macam nak lebam, ting!  . Yeay! Jom Auntie Put buat jemput pisang macam Uzair buat. Okey, mudah sangat nak buat jemput pisang ni tapi, selalunya saya buat mesti jemput pisang makan minyak. So, terjumpa resepi satu ni yang katanya crunchy dan tak makan minyak. Jom, kita buat.  Kopek kulit pisang tu, then buat macam ni lah. Buat entry blog ni untuk Sophia tengok Mama dia share resepi. Hahahaha. Nanti nak suruh dia buat. Lenyek pisang.  Pakai masher tu mudah, dulu pernah lenyek dengan guna botol kaca je. Hahahha.  Lepas tu, masukkan butter dan gula. Agak-agak lah korang taruk. Gaul sebati dan masukkan tepung gandum. Saya masukkan 5 sudu besar tepung. Lepas tu ambil 1 sudu Soda Bicarbonate. Nah rupa parasnya. Dah campur tepung gandum dan soda bic...

Wajah Terbaru Lope

Image
Hajat di hati, nak update blog 3-4 kali dalam seminggu. Bila menyelusuri semula blog ni kan, banyak cerita pasal Idris / Lope. So, nak updatelah cerita Lope kat sini. . Sekarang dah 14 tahun dah dia. Alhamdulillah, Lope sihat. Inilah rupa terbaru Lope. Masih nampak macam abang baby lagi. Ini gambar diambil hari ini, 13 Februari 2021. Dulukan, awal-awal menulis blog ni sebab Idris, kemudian naik pangkat dipanggil Lope sebab dah dapat adik. Cerita terbaru bulan Februari 2021, Lope sekarang ni tergelak kelucuan bila kami nyanyikan lagu Gurindam Jiwa. Tapi dia suka tang "Tuai Padi Antara Masak" sahaja. Apa yang lucunya, sampai ke hari ini kami tidak pasti. Uniknya dia, hanya dia yang tahu. Saja kongsi disini untuk kenangan di masa hadapan. Senyum tawamu akan sentiasa menceriakan kehidupan kami :) Love, Puteri Nuur At-Terawis Instagram :  www.instagram.com/pu3ism Instagram :  www.instagram.com/puterinuur.yleo

Nasi Ayam Tahun Baru Cina

Image
Terasa janggal untuk menulis, tapi sungguh aku merindui melakar catatan indah di ruangan ini. . Tulisnya bukan main gah. Kalau sebelum ini, kita akan menulis, sempena cuti Tahun Baru Cina, saya akan pulang ke kampung, saya akan pergi bercuti etc.. . Tahun ini, kita berkurung dirumah selama 3 hari. . Hari Jumaat , hari yang mulia.  . Decided nak masakkan nasi ayam. Ayam order sahaja dari MyFarm melalui GrabFood. Memang saya memilih tidak keluar rumah. Mahal sedikit tak apa, janji saya dan anak-anak tidak keluar rumah. Mulakan persiapan setelah Encik Bubu balik solat Jumaat. Oh pagi tadi, kami dah ambil heavy breakfast. Nasi dagang sedap. Pun order juga 5 bungkus. Hahaha. Saya memang pemalas begitu. . Jadi, ding dong ding dong. Perap ayam 2 jam. Berjayalah keluarga saya dinner dengan nasi ayam. Paling ringkas nasi ayamnya Jadi kita kongsi perapan nasi ayam yang paling ringkas ini. Ini saya belajar dari emak saya dan seawal usia 13 tahun, saya dah pandai masak nasi ayam seringkas ini....

Happy birthday, Phia !!!