Syukuri Nikmat Yang Ada
Sudah lama tiada sebarang update di blog ini, hari ini, hari Jumaat yang mulia, saya kembali menulis disini. Zaman berubah, tanggungjawab bertambah dan masa 24 jam sehari seakan tidak cukup untuk saya jurnalkan kehidupan harian saya disini. . Saya sulusuri blog ini dari awal tahun 2008. Indahnya momen yang telah dilalui. Dari zaman anak seorang, diadiagnos dengan Autism, pengalaman mengandung kali kedua, melahirkan, membesarkan, sesi terapi tidak putus-putus dan kehidupan harian yang dipenuhi dengan segala kebahagiaan, tangisan dan drama membuatkan saya tersenyum membacanya. . Benarlah, hidup ini kita perlu membilang nikmat yang Allah beri, jangan disusahkan dengan menghitung ujian dari satu persatu. Selagi hidup, selagi itulah ada ujiannya. Ujiannya berbeza-beza. Ada orang diuji dengan anak. Ada orang diuji dengan pasangan. Ada orang diuji dengan kesakitan. Pokoknya, Allah uji kerana Allah sayang. . Tahun 2020, walau sebagus mana Facebook dan Instagram mengambil ...