Januari 2016
Sudah lama tidak menulis. Entah ke mana semangat dan semangat untuk menulis sudah terbang pergi. Hari ini, sambil bertemankan Love Yourself saya sedikit bersemangat untuk melakar cerita. 41 hari di tahun 2016 mencatatkan banyak cerita didalam kanvas potret cerita kami sekeluarga. Muka tanned sebab baru balik dari Hari Keluarga Usrah Haji Megat Ramli penghujung tahun 2015. Alhamdulillah, Sophia sudah darjah 1. :) Hari pertama persekolahan tidaklah sesukar yang saya bayangkan. Temannya tidak perlu lama, Sophia cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Bersekolahnya Sophia, bererti angan dan cita-cita mahu menyiapkan bekal sekolah anak kesampaian. Ini saya yang lebih teruja sebenarnya. Macam mana saya tak semangat melihat bekas comel warna merah jambu begini? Alahai anak, tak mengapa bangun awal sekali pun, janji hati mama puas dapat bekalkan anak makanan dari tangan mama sendiri, walaupun yang paling ringkas sahaja. Bekal hari pertama - Chicke...