Kami Masih Ada
Sudah lama tidak melakar kisah disini. Sebetulnya tiada yang menarik untuk dikongsi dan detik waktu berlalu dengan terlalu pantas. Kehidupan kami sedikit berubah kini setelah Lope & Sophia keduanya bersekolah kini. Aktiviti kami seharian berkejar kesana ke mari, sama seperti ibubapa lain yang perlu menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Lope, 8 tahun. - Alhamdulillah, bermula semalam, dia kini sedang mengikuti 3 bulan terapi intensif di Makmal Autism UKM dibawah PERMATA, JPM. - Sebelum menyertai Makmal Autism UKM, Lope juga menjadi pelajar Akademi LILI. Disitu buat pertama kalinya Lope merasai pengalaman "bersekolah". Terima kasih untuk Dr. Sazlina dan team - Cikgu Nurul, Cikgu Syidah, Cikgu Yana & Cikgu Siti. - Demi Lope, saya dan Encik Bubu menghadiri kelas pendidikan ibubapa autism di INSPEN dan kami mendapat suntikan semangat yang baru. Alhamdulillah, kami suami isteri mempraktikkan apa yang dipelajari, bukan sahaja pada Lope tapi juga Sophia...