Projek Telekung - Update sehingga 25/03/2015
5 hari sebelum #ProjekTelekung ditutup pada 1 April 2015. Alhamdulillah, hari ini rakan sekolah saya singgah ke rumah dengan membawa 6 pasang telekung solat yang baharu untuk disumbangkan. Terasa urusan ini dipermudahkan oleh Allah dgn bantuan rakan-rakan dan keluarga yg ingin sama menyertai menuai ladang pahala di akhirat kelak. FAKTA RINGKAS MENGENAI #PROJEKTELEKUNG SASARAN Mendapatkan 60 pasang telekung solat yang baharu untuk diagihkan di 3 surau yang menjadi tempat tumpuan ramai iaitu: - Surau A, KL Sentral ; - Surau B, KL Sentral ; dan - Surau KTM Serdang. KAEDAH Kami menerima wang sumbangan dan telekung solat yang baharu . Tiada jumlah minimum/maksimum dan kami menerima sumbangan seikhlas hati anda. Sila komen sekiranya ingin menyertai kami. (Kami akan maklumkan bagaimana anda boleh salurkan sumbangan anda kepada kami melalui e-mail/whatapps) SUMBANGAN SEHINGGA 25/03/2015 Sumbangan wang ringgit berjumlah RM1060.00 & 6 pasang...