Posts

Showing posts from February, 2015

Pan Away? Deep-Relief?

Image
Hari ini dalam sejarah bila tak pergi kerja disebabkan backpain. Bermulanya cerita backpain ni 2-3 minggu lepas bila terasa sangat sakit dalam belikat, rasa macam berat je. Jadi, saya baring dan macam tak percaya selepas tu 2 jam saya tak boleh bangun untuk duduk. :( Jadi, rawatan pertama yang saya ambil adalah berjumpa dengan Kak Ija, pakar stimulaterapi saya. Untuk makluman, saya sebolehnya mengelakkan jumpa doktor kalau sakit tapi kalau dah teruk sangat, terpaksalah serah diri. Sebelum ini, saya selalu servis badan dengan Kak Ija, dalam sebulan sekali saya akan serah diri dan biarkan Kak Ija servis/repair badan saya ni. Almaklumlah, kenderaan berat ni memang banyak rosaknya :p Malang sekali, selepas Kak Ija sentuh pun, sakit saya masih terasa. Nak repeat jumpa Kak Ija lagi tak berkesempatan (sepatutnya jumpa Kak Ija 3 kali tapi jumpa sekali saje) dan kesuntukan masa sebab masa tu saya nak ke Langkawi. Jadi, saya whatapps Jiey untuk tanyakan apa yang boleh dibuat. Ehem, J...