Posts

Showing posts from August, 2014

Hargai 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara.

Alhamdulillah, saya tahu Allah itu masih sayang lagi kepada saya bila dia uji saya dengan kesakitan. Throwback balik, sepanjang 7 tahun saya menjadi mama kepada Lope, tersangat jarang saya diuji dengan kesakitan. Demam sikit-sikit, batuk sikit-sikit -- memang ada, tapi pejamkan mata sahaja sebab kita tahu, ada orang yang lebih memerlukan saya. Sudah lebih 2 minggu saya batuk, sinus dan membawa kepada serangan asma. Saya tahu, bila saya sakit macam ni, saya dapat rasa apa yang Lope rasa. Tapi, rupanya sakit saya kali ini tidak setakat itu sahaja. Ianya adalah tanda awal kepada sesuatu yang lebih serious.  Ini cerita 6 tahun dahulu, kisah macam mana saya sendiri yang sakit.  Retina Detachment I  Retina Detachment II. Follow-ups I Follow-ups II Doakan saya cepat sembuh, diringankan rasa sakit dan kembali cerdas seperti biasa untuk saya terus memberikan yang terbaik untuk keluarga.

Ingatan + Pesanan = Social Story.

Image
Mungkin ianya agak baru untuk ibubapa yang tidak mempunyai masalah seperti mana Lope. Social story adalah kaedah penceritaan mengenai situasi, kemahiran atau konsep yang releven yang digunakan didalam masyarakat. Tujuan social story adalah untuk berkongsi maklumat yang tepat kepada individu autistik (dalam konteks Lope) untuk memahami sesuatu adab/tatasusila/situasi. Ini adalah contoh social story yang dibuat oleh Syahirah Omar untuk anaknya. Ini memang betul-betul otai sebab pandai melukis. Untuk Lope pula, social story untuknya adalah berlainan. Setiap individu autistik memiliki keistimewaannya yang tersendiri dan untuk Lope adalah ingatan.  Berdasarkan kepada pemerhatian saya selama 7 tahun menjadi mama kepada Lope, dia memiliki ingatan yang sangat kuat terhadap sesuatu perkara. Kata kita, iya ke? Rasa diragui tetapi setiap pesanan yang disampaikan kepada Lope, dalam rekod saya, Lope memang mematuhi pesanan yang disampaikan. Paling baru, pesanan semasa hari raya...