MAKAN DALAM.
(with CAPITAL LETTERS!) Kadang-kadang, orang ni tak berapa cerdik bila nak menyampaikan sesuatu hasrat hati. Tak sensitif. Tak fikir apa yang orang lain rasa. Tak guna kepala otak sebelum membiarkan perkataan itu laju keluar dari mulut. Kelahiran. Jodoh. Rezeki. Kematian. Empat perkara yang ditentukan oleh sang Pencipta. Sebelum saya dikurniakan Lope, saya meminta kepadanya untuk dikurniakan zuriat. Saya berjanji padaNya, saya akan membesarkan zuriat yang diberi tanpa bersyarat. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berkahwin, Allah meniupkan satu nyawa ke dalam rahim saya. Hadirnya setelah saya benar-benar tawakal kepadaNya setelah semua usaha dijalankan untuk dikurniakan anak. Selepas 3 tahun, kami dikurniakan seorang zuriat. Lelaki seperti yang kami idamkan. Waktu itu, rasanya kebahagiaan adalah milik kami berdua. Rasa lengkap bila kami dikurniakan sang anak. Kami mengesan kelainan upaya pada Lope selepas 6 bulan usianya dan disahkan Autisme dan Lewat Perkembang...