Posts

Showing posts from October, 2013

Disney Princess Film Festival

Image
Wow! Mula-mula nak tanya, sape ada anak perempuan kecik-kecik yang comel-comel? Saya *sambil-angkat-tangan* Diaorang minat princess-kaler-pink tak? Minatttt sangattt! Kalau ya dan minat, sila klik link kat bawah ini: DISNEY PRINCESS FILM FESTIVAL Cerita kat atas ni semua pun saya minat. Heheheh. Jadi tak jadi masalah untuk luangkan sedikit masa nak pergi dengan Sophia! Aladdin Mulan Pacahontas Tangled Princess Frog Cinderella Tiket pulak RM8 or below! Berminat? Ni haa... showing kat cinema berikut. Lagi best, ada roadshow! Memang seronok la - boleh photoshoot, mewarna & ada aktiviti main puzzle!  For more details - klik website Golden Screen Cinema .

Musim makan daging

Image
Cor WA gambar ni semalam. Sekarang ni kan musim daging yang fresh-fresh dapat dari orang korban. Macam-macam orang masak daging tu, sup, goreng, bakar. Bukan aje daging, kaki, gear box, tulang, ekor semua sekali orang pulun. Itu tak masuk lagi jadi makanan exotic lidah, ekor, kulit bagai.    Ini pulak Ateef Aizat yang WA. Aqeel Adeeb dengan sup gear box. Haishhhh! Korang memang awesome la bab bakar line orang tak balik raya! Ini main kasar ni. >.< Orang tak balik raya haji memang macam nilah. Tengok aje gambar-gambar orang pesta melapah lembu, makan-makan daging, kenduri daging etc. Orang kelantan memang havoc raya hajinya. Saya ni meleleh je lah tengok Cik, Cor dan Nyoh dok share gambar-gambar daging. Haishhhh. Menci!  So, bagi saya daging goreng, sup tulang/ekor semua tu terlalu mainstream untuk raya haji. Apa kata korang try buat meatballs? I did last night for dinner :) Kejap je pun. Tak sampai sejam, semua dah ready untuk makan. Homemade-Gril...

Video yang buat saya rasa "go-Lope-go"

Atok Lope kongsikan video ini di FB saya. Saya dah pernah tengok dulu, tapi tidak begitu terkesan sehinggalah pagi semalam, bila Lope menyebut "go-bai-bai-mma" barulah ada rasa keajaiban dalam hati ini. Memang, dia ada gambaran Lope - menggoyangkan badan, menghentak kepala, kaki, tantrum dan banyak lagi. Saya tahu, perjalanan dengan Lope bukan mudah. Berliku, tapi itulah yang akan saya tempuh. "I can't give-up on my child"  "I spent every penny to hear that"  2 ayat itu adalah perkara yang sama saya dan semua ibubapa anak istimewa buat. Duit boleh dicari, anak mana kita nak cari. In sha Allah, satu hari nanti, saya akan buat video macam ni. Perjalanan hidup Lope. Terasnya, jangan sesekali mengalah dengan Lope. Istiqamah dan saya tak letakkan sebarang target sebab bila saya tak mencapai target, emotional break down tu yang susah nak handle :') AUTISM It's not a processing error. It's a different operati...

Kejutan yang membahagiakan.

Image
I am the happiest mother in the universe! Drama sangat, kan? Semuanya sebab Lope. Semenjak dua menjak ini. memang saya perhatikan banyak perkembangan Lope. Melalui pengamatan saya, sekiranya saya komited ikut jadual bawa Lope ke Pusat Kesihatan Stimulaterapi (Klang) maka, Lope akan berterusan memberikan signal positif walaupun sedikit dari segi emosi, pergerakan fizikal, mengatur langkah dan pertuturan. Terbaru, dengan penuh rasa bersyukur dan gembiranya hati seorang ibu, Lope menunjukkan pelbagai bentuk emosi. Jangan terkejut jika tiada lagi Lope yang dahulu, yang diam dan orang kata baiknya budak ni duduk diam-diam aje. Kalau dahulu, Lope cuma menunjukkan 2 emosi sahaja - OK dan marah (menangis, tantrum). Lope sekarang ni sudah pandai menunjukkan emosinya - marah, gembira, demanding, merengek dan "membuli" Mama.  Emosi Sekarang ni setiap kali saya pulang dari pejabat, saya akan dihidangkan dengan "rengekan" dari Lope. Saya pada mulanya pun hairan, asal sa...

Daging oh daging

Image
Start your day with NESCAFE! Saya memang suka daging. Semalam, sebelum pulang dari pejabat, bukan main lagi call Encik Bubu tanya nak dinner apa kat rumah. Kononnya, terasa nak makan Keow Teow Kerang tapi memandangkan Encik Bubu tak boleh makan, saya sendiri hilang idea nak masak apa semalam. Sehinggalah, saya ternampak si cantik ini. Daging ni nampak fresh. RM19 untuk 1.2kg. Bila congak-congak balik, dah lama tak masak daging goreng kunyit. Selalunya musim raya qurban la kami banyak goreng daging, makan daging kan. Tapi, sebab nampak cantik sangat daging merah ni, saya pun potonglah nipis-nipis. Gaulkan dengan kunyit dan garam. Lepas tu, biarkan seketika. Potong 2 labu bawang besar (dipotong bulat), sebiji tomato dan 4 batang cili serta asam jawa. Pastu, keringkan daging ini dalam kuali. Panaskan kuali. Masukkan daging. Kecilkan api. Biar keluar semua air-air dalam daging yang dah diperap ni. Bila dah nampak kering, baru masukkan sedikit minyak. Goreng lagi. Gaul lagi sa...