Abang Nan dalam kenangan
Entri ni sepatutnya saya tulis pada 15 September 2013 - genap 17 tahun pemergian abang saya. Namanya Megat Aznan bin Megat Ramli, semasa saya kecil, saya panggil dia Abang Nan. Bila kami semua menerima anak buah pertama, namanya menjadi Ayah Uda. Selepas itu, kami masing-masing panggil dia Uda. Dalam memori saya, kenangan bersama Abang Nan bermula semasa kami sekeluarga tinggal di Alor Setar. Waktu itu, Abang Nan di tingkatan 1. Dalam memori saya, masih ada "gambar" Abang Nan berpakaian blazer - uniform Kolej Sultan Abdul Hamid. Segak. Masih ada juga cerita dan kenangan saya lihat Abang Nan bermain-main "gocoh" dengan Abang Ni dan masih teringat macam mana Abang Nan yang rajin mengangkat dumbbells dan berpeluh menyakat saya. Itu semua cerita yang saya ingat semasa di Alor Setar. Suatu hari di hari raya yang kami sambut semasa di Alor Setar. Saya tidak tahu tahun berapakah ini. Abang Nan adalah yang paling tinggi berdiri disamping Abang Ni dan Abang Khas yan...