Posts

Showing posts from August, 2013

Sekiranya anda adalah ibu kepada anak istimewa...

Image
I think you should read this. Saya tak pernah terfikir, jalinan ukhwah sesama ibu yang mempunyai anak-anak istimewa ini sungguh istimewa bonding-nya. Mungkin meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang sama dengan teman sekasut menjadikan kami (ibu-ibu kepada anak istimewa) satu "kekuatan" tersendiri. Betul kata orang, bersatu kita teguh.  Bila  saya menerima diagnosis dari doktor mengenai Lope, saya tidak tahu apa itu Autism & Global Developmental Delay. Saudara dan teman-teman rapat tidak mempunyai anak yang didiagnos mengenainya. Apa yang saya tahu mengenai kelainan upaya adalah Down Syndrome dan mungkin yang melibatkan kelainan fizikal. Itupun saya tak tahu apa jenisnya. Saya masih ingat macam mana saya mengambil masa untuk menghadam lumat apa itu Autism dan Global Developmental Delay. Kesannya, terapinya. Dimana saya harus bermula?  Dengan siapa harus bertanya?  Bagaimana nak buat?   Percayalah, jika anda berada di tempat saya waktu it...

Saya mahu mengandung lagi!

Image
Special shout out to my other half gituw! Hahahahha. Rasanya, sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk saya cuba untuk bagi adik kepada Lope dan Sophia. Lope dah 6 tahun, Phia pun dah 4 tahun. Masalahnya, saya ni memang jenis orang yang susah nak lekat perutnya. Sekarang ni, lelemak yang senang menempel kat perut. Wuuuu. Dulu, masa nak dapatkan Lope - macam-macam usaha saya buat. Jumpa doktor, jumpa bidan, try urut sana sini, makan ubat macam-macam. Bila saya dah give-up dan berserah pada takdir, waktu itulah Allah kurniakan saya hadiah terindah ini dalam rahim. Sama juga bila turn Phia. Sebab memang tahu saya jenis susah nak mengandung, selepas lahirkan Lope, saya memang tak merancang atau apa pun. Alih-alih, disebabkan pergi klinik nak dapatkan MC (sebab masa tu memang badan cepat penat) rupanya sudah 12 minggu Phia berada dalam rahim saya. Auuwww. Sweetnya bila ingat cerita macam mana mengandung, perasaan dan pengalaman masa mengandung dan yang paling  mengujakan bila ...

Surat layang yang sangat kurang ajar buat ibu kepada anak OKU!

Image
Surat kat bawah ni saya ambil di FB.  Ambil nafas panjang-panjang, dan baca.  Digest perkataan yang ditulis satu-per-satu.*tarik nafas* Satu fakta yang korang perlu tahu, surat ini tidak ditujukan kepada saya tetapi, I feel so insulted.  Macam ni ke jiran-jiran saya rasa bila setiap kali terdengar Lope bersuara (read: memekik, melaung) ye? Adakah kehadiran Lope menakutkan kanak-kanak normal yang lain? Ok, bila habis baca surat layang ni, hati saya sakit. Ada rasa pedih je. Seriously. Hati saya rasa nak tampar pompuan yang tulis surat ni bila dia mention "personally, they should take whatever non-retarded body parts he posses and donate it to science" Sesedap mulut ko je nak buat, kan. Saya tak tahu macam mana jiran-jiran saya rasa dengan kehadiran Lope di dalam rumah kami. Sebab kejiranan yang tak peka dan selfish macam nilah yang buatkan golongan OKU ini dikurung sahaja di dalam rumah dengan anggapan mereka menyusahkan mak bapak, orang tak suka sebab mere...

I can't take my eyes off you!

Image
This is dodan bundil Wansue! Meet my brother's latest edittion - he is such a heart-breaker!

Hantar Botol Kepada p o r n s t a r ?!

Image
Sila jangan panik dengan perkataan p o r n s t a r disitu.  Saya sengaja belek-belek keyword apa yang selalunya orang tulis kat google untuk cari blog saya. Nama saya kah? Lope? Selalunya, orang akan search kat google nama blog. Filter nak cari ni plak, dia akan tapis apa-apa perkataan sahaja yang ada dalam blog saya. So, bila saya tengok - adalah satu perkataan yang saya gambarkan iaitu puterism . Hehehehe. Last month - puterism. Cara solat terawikh u'olls. Alhamdulillah, harapnya saya dapat beramal bila orang cari macam mana nak tunaikan solat terawikh tu dengan hasil perkongsian yang saya beri. Pastu, semuanya pasal makanan. Hahahaha. Nampak sangat tuan blog suka makan :p Last week - puterism. Lebih kurang je dengan last month punya statistik. Next... This week - puterism. Hantar botol kepada pornstar?! Weh! Bila plak saya tulis mengarut porn-porn ni. Masya Allah. Ada 4 hits yang cari. Saya pun try guna keyword yang sama dan google. Ini yang keluar. ...

15 Ogos 2003

Image
Earlier today.   Sebelum Syawal, saya sempat berpuasa dengan Cik. Bila saya balik rumah Cik, tak ada tempat di dunia yang lebih selesa dan tak ada makanan yang paling sedap melainkan masakan Cik. Cik tiba-tiba memberikan saya sebentuk cincin. Cincin bertunang. Apabila di sarungkan ke jari manis tangan kanan saya, seperti ada satu rasa menyelinap. Betullah kata orang, cincin itu pengikat hati. Saya tunjukkan pada Encik Bubu "ingat cincin ni?" dia pandang sekilas dan menjawab "eh, mestilah. Abang yang bagi!" :p Hari ini, 10 tahun yang lalu, secara rasminya cincin ini dilingkarkan ke jari manis saya disaksikan dan direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. In sha Allah, selagi nyawa dikandung badan, tarikh 15 Ogos akan sentiasa menjadi tarikh yang istimewa untuk dikenang - tarikh bermulanya sebuah cerita cinta Nuur Iskandar. eceh! tetiba nak jiwang. hahahahha. In the other note - Happy 10th Birthday Kak Yaya (my niece) yang lahir pada hari yang sa...

Mek 400 Ringgit

Image
Ini cerita yang berlaku di malam 1 Syawal. Alkisahnya, selepas family Ayah Lope beredar dari rumah kami, saya dan Encik Bubu bersiap-siap untuk ke HKL menziarahi Nabila. Nak dipendekkan cerita, saya tak mahu membawa Lope atau Sophia. Nanti lambat pula nak ke hospital. Jadi, dengan bermurah hatinya, Encik Bubu menawarkan tabletnya kepada Sophia sebagai umpan. Untuk makluman, selama ini Sophia memang tidak dibenarkan mengguna tablet Encik Bubu. Jadi, bila diberi lesen besar, Sophia dengan rela hati sanggup ditinggalkan dirumah bersama Lope. Maka, Mama dan Abahnya berlengganglah pergi ke hospital. Selepas hospital, sempat lagi dating berdua di Pavillion bagai dan pulang ke rumah pada hampir-hampir jam 10.00 malam. Sewaktu kami tiba dirumah, Lope sudah lena dan Sophia masih lagi bermain tablet Encik Bubu. Lebih kurang jam 10.30 malam, saya memaksa Sophia untuk masuk tidur dan dia akur. Tetapi, beberapa minit kemudian, saya mendengar Encik Bubu terpekik. Saya biarkan sahaja kerana masih...

Cerita Syawal kami

Image
Semua orang bercerita mengenai Syawal mereka. Oh, kami pun nak juga tumpang berkongsi cerita. Syawal yang paling rare sebab kali pertama saya celebrate di rumah kami sendiri di Putrajaya.  Perasaan sepi dan mencengkam jiwa dah mulai kami rasa 2 hari sebelum raya bila mana semua rumah-rumah di kawasan rumah saya sudah mulai kosong tanpa jasad - yang ada, cuma tinggalan kereta-kereta sahaja di ruangan porch dan pepohon yang melambai. Seringnya, apabila saya pulang petang dari pejabat, kawasan kejiranan saya akan dipenuhi dengan jerit pekik kanak-kanak sedang berbasikal, berlari dan bergelak ketawa. Seringnya, saya memperlahankan kenderaan memberi laluan buat anak-anak ini yang keriangan bermain sesama mereka. Tapi, kali ini semuanya sepi. Ibarat bandar yang ditinggalkan dan hanya kami sekeluarga sahaja wujud. Phew~* Malam menjelang Syawal, FIL dan Encik Bubu ke rumah Cik Su Da menjemput Opah (FIL's mother). Dalam hati ada sedikit cuak bila tiap kali Opah datang berkunjung. Cu...

Juadah di pagi Syawal

Image
Tidak ada istilah balik kampung untuk kami tahun ini. Cukup sekadar menyambut pagi lebaran di teratak kami. In sha Allah, petang esok FIL akan bawa Opah (nenek Encik Bubu) datang & bersama-sama menyambut lebaran.  Sampai ke saat ini, saya masih berkira-kira lagi - apa yang perlu dihidangkan sebagai juadah hari raya. Sate sudah selamat ditempah. Saya berkira-kira untuk menyediakan satu juadah berat untuk dihidangkan. Kalau kat rumah Cik, ada nasi dagang. Kat rumah saya? Nasi berlauk ikan aya? Nasi Ayam?   Atau, mungkin juga.. . . . . . . . . . . . . . Oh. Susahnya nak memilih menu!

Jom makan colek!

Image
Masa korang baca entry ni, Lope dan Sophia dah pun dalam perjalanan balik kampung. Yippie! Mama dia yang over excited sebenarnya. Kegembiraan sementara kekdahnya. Hahahaha. Tahun ini, kami sekeluarga akab berpagi Syawal di Putrajaya bersama FIL dan Opah Encik Bubu. Untuk pertama kalinya, saya jadi host di pagi raya. Yeay. Rasa macam mak-mak sangat. Jenuh dah saya bermesyuarat dengan Encik Bubu, apa nak dimakan di pagi Syawal tu. Eh, sesape yang raya di Putrajaya/sekitar - cer mai singgah rumah kami. Lagi ramai, lagi meriah. Balik Bukit Marak - bererti food galore. Teringin sangat nak makan colek. Last week, cousin Husnil send gambar-gambar yang sedap sangat masa gi makan colek. Arghhh. Nak makan colek etek.