Seorang adik
Seorang adik sifatnya manja. Seorang adik seringnya akan meniru perilaku yang tua. Seorang adik biasanya dia yang ingin dibantu. Tapi tidak bagi Sophia. Dia seorang adik yang menjiwai seorang kakak. Di usia baru 4 tahun, Sophia peka dan tahu Lope adalah seorang abang yang berbeza. Mungkin kerana seluruh ahli keluarga memberikan tumpuan yang khusus buat Lope memberikan Sophia pendedahan bahawa Lope perlu diutamakan. Setiap pagi, saya sering tersentuh dengan dialog-dialog Sophia dengan Lope sebelum dia berangkat ke taska bersama saya. Mungkin juga meniru perilaku saya - walau ke mana saya ingin pergi, saya akan berpesan pada Lope. Saya akan mencium pipi/kepalanya dan memeluk erat sang anak sebelum ke luar dari rumah. "Abang, adik nak gi skul. Abang dok umah ngan bibik. Abang be good ye" lepas tu dia akan mencium dan memeluk Lope. Dalam hati saya, ianya meninggalkan satu rasa yang cukup besar. Terkesan dengan perilaku adik yang sangat prihatin. Begitu ...