Posts

Showing posts from June, 2013

"ME" Time with Lee Min Ho Xx

Image
Read at your own risk. I've been so tired lately. For the past 6 months, boleh dikatakan tidak ada weekend pun digunakan untuk diri sendiri. Macam ni la life orang ada suami dan anak-anak, kan? Bukan complaint, tapi ada masanya saya akan apply "cuti" separuh hari dari Encik Bubu untuk girl's day out dengan kawan-kawan atau "me" time.  Bezanya, "me" time saya kali ini bersama Lee Min Ho ! First time saya terjebak dengan K-Pop ni sebab si Jujue yang masa tu dok layan Boys Over Flowers [BOF] (yang sampai sekarang saya tak pulangkan CDnya) :p Masa tu, sungguh tak faham dengan si Jujue yang gila-gila follow. Masa tu juga, Lee Min Ho pun dah datang Malaysia, tapi saya macam, huk eleh. Cong ceng cong ceng ni pun layan. Lepas saya dah mula layan BOF barulah saya rasa the madness. Tengok BOF tahun 2010 kot :p Lepas tu, tengok Personal Taste, City Hunter & Faith.Baru tahu, baru rasa kenapa orang dok gilakan K-Pop. In my case, tak adalah gila sanga...

Terlajak kata

Image
Rasanya, apa yang saudara Azmeer tulis ini wajar dipaparkan disini. Ini ekoran daripada permohonan maaf yang dibuat oleh Saudara Azmeer yang saya paparkan di SINI . Bagi saya, bila dia dah memohon maaf, sudah memadai. Bukan niat nak memanjangkan cerita. Saya sekadar ingin mendidik masyarakat agar lebih prihatin dengan sensitiviti golongan kelainan upaya. Lope saya salah seorang dari golongan ini walaupun bukan Down Syndrome.  Terima kasih Azmeer.

Permohonan maaf dari Azmeer

Image
Susulan dari entry saya semalam & petition. Saudara Azmeer tampil memohon maaf.

Azmeer and TV3, please apologize to the Down Syndrome kids.

Image
Saya tidak menonton program Bintang Mencari Bintang. Sekiranya apa yang dilaporkan ini benar, saya berharap Saudara Azmeer tampil memberikan penjelasan. Mungkin dia nak buat lawak, tapi maaflah. Itu tak lawak langsung. Melabelkan golongan down syndrome dengan bodoh bukan lawak antarabangsa yang buat anda nampak cool bila cakap macam tu. Tolong sign petition ini kat sini.   Tak ada manusia yang kat dunia ni minta dilahirkan jadi Down Syndrome atau kelainan upaya yang lain. Allah yang jadikan mereka semua untuk manusia-manusia yang normal ini kenali mereka, bukan persendakan sesuka hati. Terima kasih buat insan-insan yang sudi sign petition ni.

Jerebu di Putrajaya

Image
Tabung pendidikan Lope & Obiya - SINI. Sesak nafas sungguh sekarang ni. Putrajaya secara rasminya dah 3 hari jerebu. Orang yang paling saya bimbangkan akan terjejas adalah Lope & Obiya juga FIL saya. Alhamdulillah, di hari ke-3 ni, nampaknya mereka semua baik-baik belaka. Memang arahan berkurung untuk Lope & Obiya melemaskan mereka. Lope terutamanya. Semalam, setiap 1 jam saya telefon ke rumah. Bibik cakap, Lope tak lena tidur. Mungkin lemas. Mungkin bosan dengan rumah yang sepanjang masa tertutup rapat. IPU kat Putrajaya dah mencecah 193 pada 25 Jun 2013 jam 6.00 pagi. Tak sure pulak, dah makin naik atau turun. 24 Jun 2013 jam 8.15 pagi di Presint 14 Putrajaya. Matahari tengah sakit? 24 Jun 2013 jam 9.30 pagi di Presint 4 depan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Nampak samar-samar je PICC. 24 Jun 2013 5.40 petang di Presint 5. Sepatutnya kat depan tu nampak bangunan kat Presint 4 tu (macam dalam gambar kat bawah). Gambar ni...

TheFoodTree -- yums!

Image
Hari Sabtu, selepas discuss dengan Encik Bubu - terapi Lope di Klang dibatalkan sebab cuaca yang kurang sihat dan Encik Bubu yang ada hal. So, kami datang dengan Plan B. Plan makan-makan. Encik Bubu jam 9.00 pagi ada meeting STAROBA di Shah Alam. So, saya calling-calling Dura temankan saya ke TheFoodTree. Semalam birthday Dura tak kasi pape pun kat makcik ni sorang. So, pagi sabtu yang indah tu ajak Dura pegi brunch kat TheFoodTree.   Alkisahnya, saya berborak dengan Wani petang Jumaat lepas pasal buffet dimsum. Selalunya, buffet dimsum kalau saya nak pergi makan, saya pegi ke Cyberjaya je di Cyberview. To view deals, klik sini. Kalau sesiapa yang hantu dimsum, saya recommend datang sini. Ini adalah halal dimsum ye, so jangan bimbang. Beli voucher lagi berbaloi, dan datang dengan family or close friends. Boleh makan sambil borak-borak.  Harga (kalau beli voucher): RM33 for 1 pax RM60 for 2 paxs RM168 for 6 paxs Saya dah 2 kali datang sini. Saya...

Temujanji dengan Pakar Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur

Image
Entry tertunda. Semalam saya terpaksa EL. Bawa Lope ke HKL untuk temujanji pertama dengan pakar rehab. Bertabah jugaklah nak cari kat mana Jabatan Rehab HKL. Lagi bertabah bila tang parking. Nasib baik Encik Bubu pun datang sekali. Jadi, dia drop kami kat depan Jabatan Rehab dan dia pergi cari parking. Tak tahu kat mana, tapi lamaaa baru jumpa kami semula di Jabatan Rehab. Maksudnya, parking jauh. Kes Lope memang asalnya dirujuk ke HKL di bawah Institut Paedtrik.Kat HKL ni, Lope dirujuk ke 3 klinik sebelum ni -- Neurology, Dermatology, Metabolic & terbaru Rehabilitasi. Phew! So, semalam adalah klinik ke-4 Lope di HKL. Saya pada mulanya memang tak apply cuti, sekadar meminta kebenaran keluar pejabat untuk membawa Lope ke HKL. Sebelum ke HKL, singgah di P5 menghantar Obiya ke taskanya. Sedikit mudah bila Obiya tak ada bersama. Bukan apa, kalau tak Bibik hanya perlu mengikut setiap jejak langkah eksplorasi Obiya aje nanti. Kami tiba di HKL jam 9pagi setelah mengharungi jalan ses...

Selamat Hari Aboh. Selamat Hari Abah.

Image
Kadang-kadang, ada rasa macam nak angkat phone. Pastu tunggu orang kat sana angkat. "Aboh, bila nak mari (datang) rumah Sue (nickname saya dengan family)?" Atau.. "Aboh, Sue dah tahu spot makan best kat Putrajaya.." Atau.. "Aboh, Naquiyuddin (Aboh panggil Lope nama ni) dah pandai tarik badan, pastu dia berdiri depan TV, lagi comel.. dia ketuk-ketuk screen TV sebab dia happy sangat!" Oh, tapi semua tu kalau. Realitinya, dah tahun ke-6 Aboh saya kembali kepada PenciptaNya Yang Maha Esa. Selama 6 tahun ini juga, tempat Aboh terlalu istimewa dan tak mampu diganti dengan sesiapa pun.  25 tahun je kot sempat jadi daddy's girl, tapi kesannya, seumur hidup claim jadi anak manja Aboh sampai bila-bila.  Casing S4 -- tengok yang kat tengah tu.  Saya rindu Aboh saya.  Sangat-sangat. Gambar tu masa saya umur 5 tahun. Untuk Aboh: Al-Fatihah. Tak ada apa lagi yang boleh Sue hadiahkan selain doa-doa untuk Aboh. Kasih sayang Ab...

Lope & Stimulaterapi

Image
SUPERMUM Saya memang sentiasa positif dengan semua rawatan yang saya explore untuk Lope. Terbaru (tapi, tak la baru sangat) saya cuba Stimulatherapi untuk Lope. Terapi ni pada mulanya Ina yang try dulu, pastu Jiey. Tak mahu ketinggalan, saya cuba juga.  Mungkin ada yang bertanya, apa itu Stimulaterapi? Saya petik ini dari sini. Sti mulatherapy   merupakan satu kaedah perubatan yang merangsang titik-titik tertentu pada tubuh mengikut prinsip keseimbangan ying & yang melalui terapi urutan & acupressure (Tekanan menggunakan jari) . Tubuh manusia mempunyai 365 titik ‘reflex’ & ‘distal’ . Titik-titik ini jika dirangsang boleh memberi kesan kepada kesihatan organ-organ tertentu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan titik yang memberi kesan kepada kesihatan organ tertentu dan sekiranya dihubungkan boleh membentuk saluran tenaga (energy channel) atau meridian tubuh. Perubatan ini telah dikategorikan sebagai perubatan komplementari. Komplementari bermaksud pe...

Speedy recovery, Lope!

Image
Saya tak sempat nak tulis panjang-panjang kat blog. Saya printscreen aje status kat FB. Speedy recovery, Lope!  Saya adalah mama yang paling bimbang di dalam dunia. Saya percaya pada instinct saya, ini adalah proses penyembuhan (healing crisis) kesan daripada rawatan kontemporari Stimulaterapi. Saya banyak kali berdoa semalam, minta apa yang saya buat ini betul. Setiap kali sesak nafas, teringin sekali saya bantu dengan memberinya nebulizer. Semalam, saya cuba beberapa kali teknik yang Kak Ija ajar untuk membantunya bernafas. Alhamdulillah. Selepas cubaan beberapa kali, Lope tampak lebih rileks bernafas. Saya bangkit ja, 6pagi tadi juga, saya mencari Lope disisi saya. Nafasnya kembali teratur. Allahu akbar. Terima kasih Allah. Melihat keadaannya yang semakin stabil, saya memberanikan diri ke pejabat hari ini. Beratnya hati meninggalkan Lope di dalam jagaan Bibik 100%. Baru sebentar tadi saya menghubungi Bibik -- alhamdulillah. Selera makannya kembali seperti sedi...