Posts

Showing posts from May, 2013

10/90 Principle

Image
Semalam saya berkursus. Kursus sehari je kat office ni. Dalam banyak-banyak ilmu baru yang saya belajar semalam, saya tertarik dengan 10/90 principle by Stephen R Covey. Menurut beliau, 10% of life is made up of what happens to you & 90% of life is decided by how you react. True. Klik sini untuk tabung pendidikan Lope & Obiya - terima kasih. Letak saya sahaja sebagai contohnya. 10% saya adalah dikurniakan seorang anak OKU yang didiagnose sebagai Global Developmental Delay dan Autism. Itu mungkin the end of the world pada saya dulu sewaktu mendengar diagnosis itu daripada pakar perubatan.  90% tu pulak, kalau saya pilih nak menangis sedih kenangkan nasib, tak terima kenyataan dan membiarkan Lope dengan diagnosisnya, saya yakin Lope saya hanya mampu terbaring sahaja sekarang ni. Alhamdulillah. 90% tu saya pilih secara positif.  Lope masih belum gunakan kedua tangannya untuk makan - tak apa.  Kita stimulate tangan-tangannya. Kita paksa dia "buat kerja"...

Kasroha is back

Image
Rasanya hidup macam baru settle down je. Baru 2-3 hari ni, rasa sedikit aman dalam hati. Malam Jumaat lepas, secara rasminya saya ada bibik (yippie!) -- kalau orang-orang yang rapat dengan saya sure kenal dia. Nama dia Kasroha. Bibik yang lama. Hehehe. Dulu, iye-iye je marah Kasro kan. Korang tak tahu, kalau tak kerana marah dan gaduh tu, hubungan mem dengan bibik tak akan baiknya. Hehehe. Selepas dapat pengalaman dengan Bibik Yumi yang sangat menakutkan, saya dan Encik Bubu sepakat untuk offer semula Kasro bekerja walaupun dia demand gaji tinggi woooo. Pejam mata ajelah. Jumaat lepas, saya memang cuti. Ingatnya macam nak kasi sesi pengenalan la kat Kasro. Selepas solat subuh, dalam pukul 6.30 pagi macam tu, saya turun ke bawah. Tengok rumah macam gelap je. Dalam hati ingatkan Kasro masih tidur, mungkin dia jet lag ke apa. Tapi, bila saya buka lampu -- tada! Rumah saya ibarat baru dikemas oleh gennie! Lantai sudah sedia dimop, barang-barang mainan yang Obiya selerakkan juga sudah k...

Mengatasi rasa kuat marah kat anak

Image
 Artikel ini dipetik dari SINI. Buat renungan kita bersama para ibu bapa sekalian.  Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut - renung-renungkan.  Anak kita adalah cermin diri kita. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadi...

Padi House, Putrajaya.

Image
Di office, Intan adalah mangsa yang selalu kena kirim beli makanan untuk kami yang malas nak keluar waktu lunch. Si Aza & Tirex tak nak keluar acceptable la sebab mak buyong memang tak larat nak berjalan, saya pulak masa lunch la nak sleeping beauty pun =) So, tengahari je, Intan akan terima whatapps ni dari kami-kami "Intan dating kat mana tengahari ni?" dan Intan akan update lokasi dia kat mana. Heeee. Best, kan si Intan ni. So, pernah sekali Intan cakap "Intan makan kat Padi. Nak kirim apa?" Masa tu, saya memang blur. Padi? Setahu saya cuma ada di Cyberjaya, rupanya Padi House ada di Putrajaya. So, saya sekadar minta Intan belikan " apa-apa yang best". So, Intan belikan saya ini. Sumber : SINI Ini adalah Seafood Fried Rice. Kalau anda pergi ke Padi House, Putrajaya -- sila order ini. Sedapnya buat saya bermimpi nak makan lagi. Cuma RM9.90 sahaja. ;) So, saya ajak la Encik Bubu datang dinner sini. Dah nama datang dinner...

"Atih" dan "Akit" - 2 perkataan yang saya tak suka bila Lope sebut

Image
Perkara paling saya tak suka - bila Lope sakit. Bukan nak kata saya ok bila Obiya sakit, tidak. Bila Lope sakit, saya sedih bila dia tak mampu nak zahirkan kepada saya di mana sakitnya. Kesian, kan? Saya pulang dari pejabat petang Selasa, Cik cakap Lope dan Obiya badannya dedar. Saya sentuh Lope -- panas suam-suam kuku. Saya ambil bacaan suhu badan Obiya. Dua-duanya bacaan suhu badan di boarder line -- 37.5. Saya sebenarnya dah perhatikan dah 2 hari Lope ni lain dari hari yang lain. Kurang aktif dari segi pergerakan, respon dan selera makannya. Mulut pun jarang-jarang sahaja keluarkan suara. Saya memang bimbang dan kini, dia demam. Bila anak-anak demam, letih macam mana pun badan saya, mata saya sukar nak dilelapkan. Saya bimbang terutamanya Lope. Kesiannya pandang si anak yang terbaring lesu sambil menghisap ibu jarinya dalam keadaan lesu. Saya memang tak tahu apa yang Lope rasai. Saya cuma mampu menggosok-gosok lembut di belakang badannya, betisnya dan lengannya. Sesekali, apabil...