Posts

Showing posts from April, 2013

Luka itu sembuh.... di Langkawi!

Image
Minggu lepas kena out station ke Langkawi - Jumaat sampai Ahad. 3 hari je pun, tapi rindunya kat Lope & Obiya. Rasanya inilah kali pertama pergi outstation tak bawak mereka berdua. Tidur malam paling sensara sebab saya teringin nak kiss pipi Lope & nak peluk Obiya yang mantops tu. Rindu sungguh. Sepanjang ke Langkawi, letih ya amat. Langkawi lebih panas berbanding Putrajaya. Sebelu m ke Langkawi, memang dah se minggu jari saya luka -- luka sebab allergic sabun. Mula-mula, dia jadi macam ni. 3 hari selep as tu, jadi makin teruk. Jadi macam ni pulak.. Ya Allah. Sakit yang amat. Kulit tangan memang cap ayam sungguh. Bila banyak-banyak sangat basuh & cuci pinggan, inilah jadinya. Semen jak sakit jari ni, terima kas ih banyak-banyak untuk Encik Bubu yang sama-sama tolong buat house chores. Tapi, a pa yang magicnya (dengan izin Allah) sebaik sahaja landed di Langkawi pukul 12 tengahari, 4 jam kemudian, jari saya dah jadi macam ni. Rasa nya udara di...

Wordless Wednesday

Image

Happy (belated) 6th birthday, Lope!

Image
Siaran tertunda.  Happy (belated) 6th Birthday, Lope! Sepatutnya entry ni dah upload 2 minggu lepas tapi mana silapnya, saya tak sempat nak upload. Jadi, hari ini baru sempat. Oh yes, anak teruna saya dah 6 tahun u'olls. Sememangnya, saya tak pernah buat birthday party untuk anak-anak. Birthday party yang ada clown, ada goodie bag, ada belon etc tu. Tak pernah. Alasannya, sebab saya pernah berjanji pada diri sendiri, the first birthday party untuk anak-anak akan disambut selepas Lope boleh berjalan. Kiranya, buat kesyukuran terus. Setakat ni, sudah 6 tahun tapi misi itu masih belum tercapai. Tapi, semenjak Obiya pandai nyanyi lagu "Happy Birthday To You" ni, saya rasa macam kesian pulak kat dia. Asyik dia attend birthday orang aje, birthday dia tak ada. Pastu, siap cakap "nanti beday Ya, Mama li (beli) kek Dora" -_______-" Kesian, kan? Sebab tu masa birthday Obiya, saya bawak dia pegi TGIF ajo. Pegi TGIF sebab crew dia boleh nyanyi "Happy B...

Wordless Wednesday

Image

Phia

Image
Puteri -- sebab anak perempuan kepada Megat. Mariam -- sempena nama arwah opahnya. Sophia -- bererti menawan. Memang Sophia saya seorang yang menawan. Alhamdulillah, sudah 4 tahun anak perempuan saya ini. Orangnya chubby, hidung jambu, bermata bulat & berambut lurus. Dora The Explorer explained her best. Cousin dia panggil "the living Dora" :p Sama tak macam orang kat baju dia? Hiks! Saya jarang-jarang bercerita mengenai Sophia. Posting dalam entry ini, ada masanya saya tulis nama Sophia, ada masanya Phia & kebanyakkan masanya saya tulis as Obiya. Obiya ni nama yang Lope pernah sebut. Lope panggil adik dia. Bagi saya, Obiya ni satu nama yang istimewa, sebab tu saya lebih namakan Sophia as Obiya dalam puterism ni. Rasanya macam tak adil kalau saya tak tulis pasal Obiya. Sesungguhnya, Obiya melengkapkan perasaan saya sebagai seorang ibu. Saya merasa pengalaman membesarkan anak tipikal. Alhamdulillah. Dulu, saya ingatkan, hanya saya sahaja yang...

Sentuhan listrikmu

Image
Semalam, selepas saya post entry Demam. Demam. Demam . saya telefon Cik. Telefon tu sebab nak tanya Cik nak dinner apa malam ni. "Lope ni hari ni tak nak makan, minum susu pun sikit je. Badan pun panas sikit" Aduh. Terkejut bukan kepalang saya. Terus saya minta Cik hulurkan (letakkan telefon) ke telinga Lope. Saya mahu bercakap dengannya. Agak-agak telefon dah letak kat telinga Lope, saya pun bercakap. "Anak Mama, kenapa tak makan? Penat Mama masak untuk Lope. Lope kena makan, baru Lope ada energy. Lope kena minum, baru Lope tak dehydrate. Kalau Lope tak de energy, Lope dehydrate, nanti Lope demam lagi. Kesian anak Mama sakit. Mama tak nak anak Mama sakit" Saya terdiam. Memang seringnya saya bercakap seorang bila melibatkan komunikasi dengan Lope. Tapi, kali ini, saya mendengar Lope menyebut sepatah perkataan. "Akan". Bila saya tanya sekali lagi, "Apa Lope cakap?" Dia ulang sekali lagi, "Akan". Saya tersenyum. Akan = p...